December 17, 2011

Van Persie Bakal Ke Barcelona?




Barcelona dilaporkan akan membuat bidaan mengejutkan ke atas Robin Van Persie selepas David Villa terpaksa disingkirkan selama enam bulan akibat kecederaan.

Villa mengalami kecederaan serius dalam perlawanan separuh akhir Fifa Club World Cup menentang Al-Saad. Kecederaan ini memaksa Barcelona mencari alternatif baru pada musim perpindahan ini.

Barcelona kini mengubah haluan perhatian kepada kapten Arsenal, Van Persie selepas berjaya menandatangani bekas pemain tengah Arsenal, Cesc Fabregas pada musim panas lepas.

Van Persie berada di puncak prestasi apabila menjaringkan 33 gol dalam 32 penampilan bersama Arsenal dalam kempen EPL.

Pemain kebangsaan Belanda itu hanya mempunyai 18 bulan kontrak bersama Arsenal dan menolak untuk berbincang mengenai kontraknya sehingga musim panas ini.

Barcelona dilaporkan akan membuat bidaan sebanyak £20 million pada musim sejuk ini, dan sekiranya tidak berjaya, mereka akan mencuba lagi pada musim panas ini dan menjadikan Seydou Keita sebagai sebahagian daripada rundingan untuk kapten Arsenal itu.