December 12, 2011

Azraii Optomis Kemampuan Negeri Sembilan


SEKALIPUN cuaca kebelakangan ini tidak menentu hingga membataskan persiapan juara Piala Malaysia Negeri Sembilan menjelang bermula saingan Liga Malaysia musim depan, semangat dan komitmen tinggi ditunjukkan pemain melegakan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah.

Menurutnya, tumpuan utama menjurus kepada memupuk persefahaman dan keserasian antara pemain bagi membolehkan kekuatan pasukan mencapai tahap terbaik menjelang sepak mula liga yang dijadualkan bermula dengan perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah menentang juara Liga Super 2011 Kelantan, 7 Januari depan. 


Rata-rata pemain menunjukkan komitmen tinggi sepanjang latihan dan dalam perlawanan persahabatan menentang Maybank di Bangi, Jumaat lalu, dua pemain import (Jean Emma Namuel Effa Owona dari Cameroon dan Marquen Seirra dari Brazil) turut diuji. 

Malah Effa yang beraksi di posisi depan menjaringkan satu gol dalam perlawanan itu dan dia kini semakin menunjukkan kesungguhan untuk mencapai tahap prestasi terbaik manakala Seirra juga kian mantap di posisi pertahanan.

Saya juga menguji penyerang muda, Ahmad Shakir Md Ali untuk bergandingan antara Effa atau Mohd Firdaus Azizul dan berharap prestasi mereka dapat terus ditingkatkan, katanya semalam.

Begitupun, Azraai berkata, hasratnya untuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan sedikit terbatas kerana keadaan padang rosak, malah rancangan bertemu Johor 17 Disember ini di Paroi, juga belum dapat dipastikan.

Begitupun, pengendali berpengalaman itu yakin prestasi anak buahnya akan terus meningkat sebelum memulakan lawatan dan siri persahabatan di Australia, 19 hingga 25 Disember ini.
Walaupun persiapan kami sedikit terganggu, saya yakin prestasi pemain mampu mencapai tahap dikehendaki sebelum memulakan perjuangan musim depan.



INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!