November 17, 2011

Harimau Muda Tak Gentar Sorakan dk Bung Karno



SKUAD negara menjalani latihan ringan di gelanggang tenis di Hotel Sultan, Jakarta semalam sebagai persiapan untuk menghadapi Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno malam ini.



JAKARTA – Sorakan dan gegak-gempita daripada penyokong tuan rumah seharusnya tidak memberikan sebarang tekanan kepada Harimau Muda ketika berdepan Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011 hari ini.
Dijangkakan hampir 80,000 penyokong Indonesia akan memenuhi setiap tempat duduk di Stadium Gelora Bung Karno bagi memberi sokongan padu kepada Sang Garuda Muda.
Bagi mereka, kemenangan ke atas Harimau Muda cukup penting bagi mengembalikan semula maruah abang mereka – skuad senior Indonesia yang tercalar selepas tumbang pada final Piala Suzuki AFF tahun lalu.
Ketika itu, skuad senior negara kendalian Datuk K. Raja- gobal berjaya membenam ego Indonesia apabila muncul juara Piala Suzuki AFF dengan kemenangan secara agregat 4-2.
Menyedari hakikat itu, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee tidak mahu skuad kendaliannya terbawa-bawa dengan sentimen yang cuba dimainkan pihak lawan.
Sebaliknya, Kim Swee menuntut barisan Harimau Muda menampilkan corak permainan sebagaimana yang telah dirancangnya, sekali gus mampu menjerat Indonesia di hadapan penyokong sendiri.
“Kita sudah dapat menjangkakan apa yang akan berlaku di stadium esok (hari ini). Momentum pada perlawanan itu nanti sudah pasti berbeza dengan perlawanan lain.
“Dengan sorakan padu dari- pada penyokong Indonesia yang dijangka memenuhi stadium, saya jangka suasana cukup panas, tambahan pula kita tampil sebagai pencabar utama Indonesia,” jelas Kim Swee kepada Kosmo! semalam.
Bagi menyerap ‘gelora’ ciptaan penyokong tuan rumah, Kim Swee menyandarkan harapan kepada empat tonggak pertahanan berpengalaman – Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat serta kapten Baddrol Bakhtiar – bagi membimbing barisan pemain mudanya.
“Di sinilah perlunya pemain berpengalaman bagi menghadapi aksi yang dianggap penting. Dengan adanya pemain berpengalaman, ia akan dapat membantu pemain muda.
“Saya harap pemain-pemain berpengalaman ini dapat membimbing pemain-pemain muda khususnya dari segi persiapan mental.”
Kecuali Baddrol, Muslim, Fadhli Shas, Mahali, Asraruddin dan Khairul Fahmi merupakan pemain yang menjadi antara watak penting di seba- lik kejayaan Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.
Ditanya mengenai kemungkinan Indonesia akan menurunkan barisan simpanan selepas mereka telah mengesahkan tiket ke separuh akhir, Kim Swee berkata:
“Saya juga mungkin akan melakukan perkara yang sama kerana aksi separuh akhir hanya berselang dua hari selepas aksi terakhir peringkat Kumpulan A.
“Tetapi saya tidak mahu ambil tahu tentang pasukan Indonesia, apa yang lebih mustahak, kita mengutip mata pada perlawanan itu nanti bagi melayakkan diri.”
Ketika ini, Indonesia menerajui Kumpulan A dengan mengumpul sembilan mata dan Harimau Muda yang berada di tangga kedua, hanya ketinggalan dua mata di belakang skuad Garuda Muda itu.
Singapura yang turut mengintai peluang memburu slot separuh akhir berada di tangga ketiga apabila mengumpul empat mata, diikuti Thailand (tiga) dan Kemboja gagal meraih sebarang mata.
Atas kertas, Harimau Muda hanya perlu seri ketika menentang Indonesia, manakala Singapura bakal berdepan tugas getir untuk mengutip tiga mata penuh apabila berdepan Thailand dalam satu lagi aksi Kumpulan A.



INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!