MALAYSIA mampu menjadi negara pertama memastikan jurulatih hoki yang dipertanggungjawabkan diberi tempoh lebih lama untuk membimbing sesebuah pasukan daripada ‘menghukum’ jika gagal dalam tugas digalas.
Pengurus Kejurulatihan Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH), Datuk Tayab Ikram berkata, seseorang jurulatih perlu diberi lebih ruang dan peluang untuk masing-masing membangunkan kepakaran tersendiri, sekali gus berkongsi pengalaman dengan pasukan bimbingannya.
Menurutnya, negara berpotensi untuk menukar minda seumpama itu kerana mempunyai struktur program kejurulatihan yang baik, selain mempunyai tradisi sukan hoki yang mengagumkan dan turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.
“Negara Asia dilihat suka mengambil jurulatih secara ‘adhoc’ dan kemudian mengharapkan keputusan yang baik dengan cepat. Perkara seumpama itu tidak boleh berlaku dalam sukan hoki kerana kemenangan tidak boleh datang dengan sekelip mata tanpa usaha.
“Saya percaya Malaysia sedang menuju ke arah yang betul dalam perkara itu, terutama dengan adanya penganjuran Kursus Kejurulatihan Berpretasi Tinggi yang sedang berjalan,” katanya selepas Majlis Perasmian Kursus Kejurulatihan Berpretasi Tinggi di Persada Johor, kelmarin.
Program melibatkan 20 jurulatih tempatan itu dianjurkan sempena Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun - Piala Sultan Johor 2011 yang dirasmikan oleh Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (HMC), Datuk Nur Azmi Ahmad.
Sementara itu, Tayab berkata, pihaknya akan mencadangkan 10 nama jurulatih yang mengikuti kursus berkenaan kepada MHC untuk dipertimbangkan, sekali gus membenarkan mereka menghadiri kursus peringkat lebih tinggi yang dijalankan oleh badan antarabangsa.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!