November 10, 2011

Nasri Diketepikan




Winger Manchester City, Samir Nasri telah diketepikan dari skuad Perancis untuk dua perlawanan antarabangsa selepas didiagnos dengan masalah tendonitis di lututnya.
 
Bekas midfielder Arsenal itu dijangka kembali ke England untuk rawatan namun apa yang merisaukan peminat City adalah ini merupakan masalah jangka panjang.
 
Nasri memberitahu televisyen Perancis: "Saya ada masalah lutut sejak perlawanan menentang Villareal. Ia isu lama yang kembali berlaku."
 
Seorang jurucakap FA Perancis mendedahkan: "Ujian hospital selain ujian tambahan mengesahkan masalah tersebut dan keputusannya jelas pemain itu tidak cergas untuk bermain."
 
Nasri beraksi untuk Man City ketika mereka menang 2-1 ke atas Villareal dalam Liga Juara-juara minggu lalu namun pengurus Roberto Mancini meletakkannya di bangku simpanan ketika menang 3-2 ke atas Queens Park Rangers hujung minggu lalu untuk aksi Liga Perdana.
 
Jurulatih Perancis, Laurent Blanc berkata: "Ia masalah lama yang dialaminya ketika beraksi untuk Arsenal."


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!