Sawah padi paling canggih di dunia.
VENUE final Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan
Terengganu, Stadium Shah Alam akan ditutup selama tiga bulan bagi
kerja-kerja menaik taraf dan penambahbaikan.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan berkata,
kerja-kerja tersebut dijangka akan dijalankan mulai pertengahan November
ini.
Ia akan ditutup sebaik kejohanan bola sepak bagi merebut Piala
Datuk Bandar Shah Alam yang akan berlangsung di stadium itu berakhir.
Menurutnya, ia melibatkan naik taraf kualiti padang, mengecat
struktur bangunan, pembaikan kerusi, bumbung dan kira-kira 400 tandas
yang didapati berada dalam keadaan tidak memuaskan.
"Masalah pencahayaan stadium yang dilihat kurang memberangsangkan
juga akan diatasi dengan cara meningkatkan tahap kualiti lampu limpah
sehingga ke tahap 1000 lux," katanya pada sidang akhbar selepas
mempengerusi Mesyuarat Penuh bulanan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Shah Alam semalam.
Mohd. Jaafar memberitahu, kos penambahbaikan tersebut dianggarkan
berjumlah RM4 juta dan kontraktor telah dilantik untuk melaksanakan
kerja-kerja pembaikan tersebut.
Katanya, MBSA menjangkakan stadium tersebut boleh digunakan semula pada awal April tahun depan.
"Padang di Stadium Shah Alam sekarang lebih baik daripada padang di
Stadium Putra, Bukit Jalil, namun selepas proses menambah baik selesai,
kita yakin dapat memenuhi sepenuhnya piawaian yang ditetapkan oleh
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," jelasnya.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!