June 9, 2011

Transfer | EPL Gossip 09 Jun 2011

Pengurus Man United Sir Alex Fergusson akan menyelesaikan perpindahan Ashley Young sebelum hujung minggu ini.

Chelsea dikatakan akan membayar £41 juta untuk mendapatkan Neymar yang kini bermain bersama Santos.

The Blues juga kini bersama-sama bersaing untuk mendapatkan Wesley Snijder. Chelsea akan membayar £30 juta untuk mendapatkan pemain itu dengan Snijder dan isterinya lebih gembira berhijrah ke London berbanding Manchester.

Penyerang Anderlecht iaitu Romelu Lukaku berharap perpindahan £20 jutanya ke Chelsea dapat dilaksanakan dengan cepat.

Chelsea juga merancang untuk membida Christian Eriksen dari Ajax yang mungkin akan mengikuti bekas pengurusnya Guus Hiddink.

Pemain lain yang turut dikaitkan dengan Chelsea ialah Diego Godin dari Athletico Madrid yang berharga £12 juta.

Arsenal sedang membuka perbincangan bersama Gary Cahill dari Bolton (£15 juta) dan Christopher Samba dari Blackburn (£12 juta) untuk memperkuatkan barisan pertahanan mereka.

Kapten Arsenal Cesc Fabregas berharap impiannya untuk berhijrah ke Barcelona akan menjadi kenyataan selepas Arsenal meletakkan £50 juta untuk pemain itu.



INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!