June 9, 2011

(GEMPAR!!!) Piala FA | Perlawanan Kelantan dan Terengganu Sudah Dirancang?



Artikel ini diperolehi daripada salah seorang pembaca kami yang menghantar kepada kami melalui email.

Tanggal 11 Jun 2011 merupakan satu tarikh keramat dalam kalendar bola sepak negara. Pada tarikh ini, Stadium Nasional Bukit Jalil bakal digegarkan dengan sorakan ribuan peminat utnuk menyaksikan perlawanan terulung bola sepak Malaysia iaitu perlawanan akhir Piala FA yang akan menemukan dua pasukan dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Seperti yang kita ketahui. Kedua-dua pasukan ini adalah seteru utama dalam kancah liga tempatan. Sekiranya di Eropah kita ada musush tradisi seperti Liverpool dan Arsenal serta Chelsea dan Man United, Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan pertemuan dua musuh tradisi ini.

Bagi pasukan Kelantan, mereka ingin menebus kembali kekalahan kepada Selangor pada perlawanan akhir Piala FA 2009. Jadi perlawanan ini akan menjadi perlawanan yang amat penting buat mereka bagi memastikan mereka berjaya membawa pulang trofi Piala FA ke Kota Bharu buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Kelantan.

Manakala bagi Terengganu pula, kekalahan kepada The Red Warriors di gelanggang sendiri pasti menjadi mimpi buruk buat mereka. Jadi, pentas final Piala FA pasti menjadi medium untuk membalas dendam sekaligus memenangi trofi Piala FA untuk dibawa pulang ke Kuala Terengganu bagi mengubati luka para peminat setia Sang Penyu.

Namun begitu, walaupun kehangatan final Piala FA kian dirasai, ada berita yang kurang enak bermain di bibir para penyokong Kelantan. Hal ini tidak lain tidak bukan dikaitakan dengan MENGATUR PERLAWANAN. Hal ini bukanlah kali pertama saya mendengar berita yang kurang enak ini. Berita ini sudah mula terukir di bibir peminat setia TRW sejak dua minggu lepas.

Antara berita yang didengar ialah perlawanan ini sudah dirancang siapa pemenangnya. Mengikut berita yang diterima, Kelantan akan memberi kemenangan ini kepada Terengganu sebagai hadiah kepada Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Hari Keputeraan Baginda.

Selain itu, kemenangan Kelantan di Kuala Terengganu juga telah dirancang sebagai bayaran untuk kemenangan Terengganu pada 11 Jun 2011 ini.

Berita yang diterima bukan setakat itu sahaja, malah ada juga yang mengatakan bahawa beberapa buah bas yang disewa khas untuk membawa peminat dari Kota Bharu turut dibatalkan penyewaannya kerana berita mengatur perlawanan ini.

Andai benar berita yang didengar ini, maka ia pasti akan melukakan hati peminat bola sepak yang setia dengan pasukan kesayangan mereka. Adakah ini balasan yang diberikan di atas sokongan penuh peminat selama ini?

Nampaknya gejala rasuah dan mengatur perlawanan sudah kembali meresap masuk ke dalam arena bola sepak kita. Lupakah kita kepada peristiwa tahun 1995 ketika rasuah berleluasa dalam kancah bola sepak Malaysia? Kita mengambil masa yang begitu lama untuk bangkit mendapatkan kembali kepercayaan daripada peminat.

Kini bola sepak Malaysia kembali rancak dan mendapat kepercayaan yang sepenuhnya daripada peminat. Tapi, berita sebegini pasti akan menghancurkan hati peminat yang begitu sayang kepada pasukan mereka. Fikir-fikirkanlah!!!


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!