K.Devan
Bekas jurulatih merah kuning yang meletakkan jawatannya berkuat kuasa Selasa lalu, lebih selesa mengambil sikap professional walaupun sedikit terkilan dengan tindakan peminat Selangor yang dilihat seolah-olah tidak mengenang jasanya ketika berjaya membawa lima piala kepada Selangor sejak 2009.
“Tidak perlu rasanya bercakap tentang perkara yang sudah berlalu. Saya hanya ingin lebih fokus kepada karier sebagai jurulatih,” katanya yang kini sedang menunggu tawaran mana- mana pasukan mahupun kelab yang ingin mendapatkan khidmatnya.
Kekalahan 1-5 kepada Kelantan pada separuh akhir pertama Piala FA dan juga kehilangan penyerang utama, Mohd Safee Sali yang berhijrah ke Pelita Jaya FC dikatakan menjadi titik tolak kemerosotan pasukan Merah Kuning walaupun dibarisi sejumlah pemain berkualiti.
Skuad Merah kuning kini diterajui P Maniam.
Maniam yang memiliki lesen A adalah penolong jurulatih skuad Liga Super Selangor sejak 2009. Beliau pernah membawa Selangor muncul juara Piala Belia 2006 dan Piala Presiden 2008 serta pingat perak Sukma 2010.
Diharap Manima akan dapat mengemudi Selangor hingga ke akhir musim Piala Malaysia bermula dengan perlawanan menentang PDRM esok.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!