September 23, 2011

Chong Wei Terus Garang!

Berjaya mencatat kemenangan untuk mara ke peringkat suku akhir. 

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan suku akhir, Terbuka Jepun di Tokyo selepas menundukkan pemain China Wang Zhengming 21-19, 21-14 semalam.

Di pusingan suku akhir hari ini, Chong Wei bertemu pemain tuan rumah Kenichi Tago yang menewaskan wakil Taiwan, Chou Tien Chen 21-17, 21-11.

Sementara itu, dua beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Goh Wei Shem-Lim Khim Wah bakal bertemu sesama sendiri di pusingan suku akhir selepas menundukkan lawan masing-masing semalam.

Kien Keat-Boon Heong terpaksa bekerja keras, mengalahkan pasangan Jepun, Yoshiteru Hirobe-Kenta Kazuno 17-21, 21-11, 21-18.

Manakala, Wei Shem-Khim Wah mengejutkan pasangan nombor lapan dunia, Chai Biao-Guo Zhendong dari China 19-21, 21-19, 21-19. 

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!