September 8, 2011

Transfer | EPL 8 September Gossip



Bintang LA Galaxy yang menjadi kegilaan Tony Fernandes

Harapan Tottenham untuk menandatangani penyerang Brazil, Leandro Damiao mungkin sedikit mendatangkan masalah apabila gergasi Sepanyol, Barcelona turut berminat untuk mendapatkan pemain itu.

Steed Malbranque mahu beraksi semula dalam kancah EPL sebagai agen percuma setelah kontraknya bersama St Etienne ditamatkan tiga minggu lepas.

Pengurus Tottenham, Harry Redknapp dilihat akan cuba membawa Klaas-Jan Huntelaar yang kini bermain bersama Schalke 04 ke White Hart Lane pada Januari ini bagi menajamkan lagi jentera serangan pasukan iu.

Bekas pengurus Newcastle United, Chris Hughton akan cuba membawa penyerang bekas kelabnya Nile Ranger ke kelab barunya Birmingham secara pinjaman setelah tingkap pinjaman pemain dibuka.

Pemilik QPR, Tony Fernandes masih bernafsu untuk cuba membida David Beckham dan membawa pemain itu ke Loftus Road. Fernandes melalui laman Twitter nya menyatakan dia sentiasa akan mencuba untuk mendapatkan Becks.

Kelab dari EPL, Tottenham dan Liverpool akan mendapat cabaran dari Inter Milan untuk menandatangani midfielder Sao Paolo, Lucas.

Kelab dari Rusia, Anzhi Makhachkala berminat untuk menandatangani pemain sayap Arsenal, Andrey Arshavin.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!