September 9, 2011

Piala Malaysia 2011 | Red Giant Mengejar Misi Yang Belum Pasti


Gergasi Merah akan bertemu dengan Polis esok

MISI Selangor mengejar gelaran ke-33 dalam aksi Piala Malaysia 2011, masih belum tamat walaupun bermula dengan langkah kiri apabila tewas kepada T Team, 1-0, Selasa lalu.

Namun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin optimis memikirkan pasukan dikelola K Devan itu dengan mengatakan, perjuangan baru sahaja bermula dan satu kekalahan terbabitt bukanlah pengakhiran segala-galanya.

“Misi memburu gelaran ke-33 belum berakhir lagi hanya kerana perlawanan pertama kita kalah. Kita masih boleh bangkit pada perlawanan kedua dan seterusnya.

“Saya enggan bercakap lebih kerana sasaran Selangor buat masa ini, melangkah ke suku akhir dan kemudian baru kita boleh memikirkan mengenai gelaran tersebut.

“Apa yang penting kita mahu melangkah ke pentas akhir tahun ini,” katanya.

Dalam aksi Piala Malaysia, Gergasi Merah akan bertemu dengan Polis esok dan diharap mampu bangkit sekali gus, meningkatkan moral pemain untuk terus berjuang.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!