September 8, 2011

QPR Nak Bantu Malaysia


Ikhlas atau sekadar untuk mendapat nama?

QUEENS Park Rangers (QPR) membuka peluang kepada pemain di negara ini untuk menjalani latihan selepas kelab itu diterajui tauke syarikat penerbangan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes.

Menurut Pengurusnya, Neil Warnock, selain penyerang kebangsaan Safee Sali yang di sifatkan sebagai David Beckham Malaysia, semua pemain turut mendapat peluang yang sama bagaimanapun beberapa masalah mungkin menyulitkan peluang tersebut.

“Masalah sekarang mengenai permit untuk membawa masuk pemain Malaysia ke sini, tetapi ia tidak bermaksud kami tidak mahu membawa masuk mana-mana pemain.

“Saya percaya, jurulatih Datuk K Rajagobal mempunyai ramai pemain berbakat untuk terlibat sama dengan QPR kelak,” katanya ketika sidang media secara atas talian di www.ustream.tv/channel/qpr-live untuk media Malaysia, semalam.

Sementara itu, QPR juga bersedia membantu Malaysia dalam segenap aspek termasuk pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi,

“Rajagobal seorang jurulatih yang bagus dan mungkin kami juga boleh bekerjasama, belajar teknik baru begitu juga pemakanan pemain untuk meningkatkan tahap pengetahuan jurulatih itu sendiri. Tidak kisahlah dia berada di tahap mana sekali pun,” katanya.

Sementara itu, kedua kelab juga bersetuju mewujudkan sebuah akademi bola sepak untuk golongan remaja bagi satu program jangka panjang, memandangkan kelab gergasi lain turut mempunyai akademi di seluruh Asia.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!