September 4, 2011

Transfer | EPL 04 September 2011 Transfer Gossip



Snijder masih berharap untuk menyarung jersi Man United

Pemain tengah Inter Milan, Wesley Snijder memberitahu rakan-rakannya kegagalannya berpindah ke Man United pada musim perpindahan ini tidak menghalangnya untuk mencuba pada perpindahan Januari nanti.

Pengurus Sunderland, Steve Bruce bercadang untuk membawa masuk penyerang Tottenham, Roman Pavlyuchenko pada musim perpindahan Januari selepas usaha membawa masuk pemain itu secara pinjaman gagal.

Tottenham kini masih risau akan kehilangan Luka Modric kepada Chelsea atau Man United pada musim perpindahan akan datang.

Clint Dempsey (Fulham) dan Yoann Gourcuff (Lyon) akan menjadi target utama Arsenal selepas pintu perpindahan dibuka pada Januari.

Sir Alex Ferguson kini sedang memerhatikan Ross Barkley (Everton) dan mungkin akan membawa pemain berusia 17 tahun itu ke Old Trafford pada bulan Januari nanti.

Birmingham akan cuba mendapatkan Nile Ranger (Newcastle) apabila secara pinjaman.

Penyerang James Beattie bersedia untuk kembali ke Sheffield United selepas digugurkan dari Rangers.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!