Beckham Malaysia mengharap sinar dari Malky Mackay.
Walaupun tiada keputusan rasmi sama ada Safee terpilih menyarung jersi Cardiff City atau sebaliknya buat masa ini, pengurus pasukan itu, Malky Mackay tampak berkenan dengan pemain 27 tahun itu dan memintanya pulang untuk penilaian selanjutnya.
Pengendali muda berbangsa Scotland berusia 39 tahun itu menjelaskan dia tidak dapat menilai Safee hanya menerusi 10 hari sesi latihan sejak 13 September lalu kerana penyerang berkenaan belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan belakang lutut.
Tapi sepanjang 10 hari latihan, Safee tetap menunjukkan sikap baik, cukup beretika serta dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan corak latihan kami.
Safee dapat mengikut rentak pasukan biarpun jelas sekali ia satu tahap dan corak berbeza dengan apa dilaluinya sebelum ini. Tapi memang sukar mendapat gambaran penuh hanya dalam tempoh sesingkat ini, jelas Mackay.
Safee akan mengadakan pertemuan dengan pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee di Kuala Lumpur, esok untuk tarikh sesi latihan berikutnya.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!