August 11, 2011

Red Warrior Tambah Sengat



Sedar betapa mereka tidak mempunyai penyerang yang memiliki sentuhan tajam di depan gol, selain Norshahrul Idlan Talaha, juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan ‘mengimport’ seorang lagi pemain selepas Azamuddin Akil, juga dari Pahang - R.Surendran.

Kelantan nyata terdesak untuk mencari penyerang berkaliber, ekoran kegagalan Ramzul Zahini Adnan, Nizad Ayub, dan Khalid Jamlus mengisi kekosongan ditinggalkan Hairudin Omar, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Indra Putra Mahyuddin dengan berkesan, seterusnya gagal membuktikan mereka layak mengambil alih posisi Norshahrul selaku penyerang utama andai pemain itu tersisih.

Untuk rekod, Surendran merupakan bekas pemain kebangsaan di bawah bimbingan Norizan Bakar pada 2006, dan anggota skuad Perak yang menjuarai Liga Perdana 1 (2003), Piala FA (2004), Piala Sumbangsih (2005 & 2006), selain menjuarai Piala FA (2009), dan Liga Super (2009 & 2010) bersama Selangor.

Musim lalu, penampilannya sedikit terbatas gara-gara kerap dibelenggu kecederaan.

Surendran dijangka melapor diri ke kem latihan TRW hari ini, dan menyertai rakan sepasukan dari Pahang, Azamudin seterusnya memberikan lebih banyak pilihan kepada jurulatih, Datuk M.Karathu apatah lagi barisan serangan Kelantan bakal turut diperkuatkan dengan kehadiran penjaring terbanyak skuad Piala Presiden, Aris Zaidi.

Kredit: Suara Sukan Anda


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!