August 11, 2011

Harimau Muda | Kalah Besar


REKOD cemerlang tiga perlawanan awal skuad Olimpik negara di Slovakia akhirnya berkecai selepas mengalami kekalahan besar 1-4 di tangan kelab Divisyen Satu Hungary, Budapest Honved FC, semalam.

Pada pertemuan yang berlangsung di Budapest, Hungary itu, Honved FC meledak empat gol hasil jaringan Gellerts Ivancsics menerusi penalti, Lukas Zelenka dan Danilo de Olievera serta jaringan sendiri pemain negara, Mahali Jasuli sebelum Wan Zack Haikal menjaringkan gol sagu hati Malaysia.

Aksi itu menyaksikan barisan muda negara turun tanpa khidmat Irfan Fazail, Affize Faisal Mamat, Izuan Solahuddin, Syazwan Tajuddin dan Gary Steven Robbat.

Bagi rekod, Budapest Honved FC pernah beraksi dalam pertandingan Piala Uefa dan Liga Juara-Juara dan mempunyai pengalaman berdepan kelab handalan seperti Liverpool, Real Madrid, Bayen Leverkusen dan Manchester United.

Malah, penjaring gol ketiga mereka, Lukas Zelenka adalah pemain tengah pasukan Republik Czech.

Selepas ini, anak didik Ong Kim Swee itu bakal berdepan Dolny Kubiu pada 16 Ogos diikuti menentang FC Nitra, 23 Ogos sebelum melengkapkan jadual perlawanan bertemu FC Levice tiga hari selepas itu.

Terdahulu, pasukan Harimau Muda gah dengan rentetan tiga kemenangan mengatasai Moldava 1-0, Topolcany (2-1) dan Liptovsky Mikulas (2-1).

Malaysia bakal memulakan aksi sulung pusingan akhir Kelayakan Sukan Olimpik 2012 Zon Asia bertemu Jepun di Tosu, Fukuoka pada 21 September depan.

Difahamkan, mereka dijangka turun tanpa khidmat Gary Steven Robbat dan Ahmad Fakri Saarani akibat penggantungan kerana masing-masing menerima kad merah pada perlawanan menentang Lebanon dan Singapura.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow, Rusia, tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sebelum itu, Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!