August 3, 2011

Penyokong Perlu Profesional

Masanya sudah untuk penyokong bola sepak tempatan bersikap profesional sejajar peningkatan kualiti bola sepak negara.

Penyokong sentiasa berharap pemain bermain secara profesional ketika di padang, namun segelintir mereka juga tidak mampu berbuat demikian apabila menonton di bangku stadium.

Penonton di stadium perlu berkelakuan baik, termasuk menghormati lagu kebangsaan negara lain.

Penyokong harus sedar, jika ada yang berkelakuan kasar, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) yang akan didenda, dan kemenangan pasukan negara boleh ditarik balik.


Pihak pengurusan stadium juga perlu meningkatkan kawalan keselamatan ketika sesuatu perlawanan berlangsung.

Pihak keselamatan, bukan saja perlu berkawal di sekeliling padang, tapi juga di seluruh kawasan stadium supaya jika berlaku apa-apa, mereka boleh mengambil tindakan segera dan memberi pengajaran pada penonton yang lain.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!