July 22, 2011

Harimau Malaya | Malaysia Tanpa 4 Tonggak Utama



SKUAD Harimau Malaya bakal turun menentang Singapura dalam pusingan kedua perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia di Stadium Jalan Besar, Singapuran, esok tanpa empat tonggak utamanya. 

Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal terpaksa mengetepikan Norshahrul Idlan Talaha, S Chanturu, Mohd Shakir Shaari dan Shahrizal Saad, kerana mengalami masalah kecederaan, minggu lalu. 

Namun, kem negara diceriakan, dengan kepulangan pengempur berbisa, Safee Sali yang pulih daripada kecederaan. 

Pada aksi menentang The Reds minggu lalu, Safee meledak dua gol ketika diturunkan pada babak kedua perlawanan. Jaringan tersebut adalah gol terbaru selepas, kali terakhir menggegar gawang buat skuad negara pada kempen Piala AFF Suzuki, tahun lalu

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!