July 22, 2011

EPL | Park Ji Sung Dijangka Kekal Dengan MU



CHICAGO — Park Ji Sung dijangka menandatangani perjanjian yang akan mengikatnya dengan Manchester United untuk tempoh dua tahun lagi.
Pengurus MU, Alex Ferguson berkata, beliau menjangkakan Park akan berbuat demikian.
Bercakap pada sidang media di Chicago, Ferguson berkata, Park telah ditawarkan kontrak baru dan beliau yakin Park akan menandatanganinya selepas menunjukkan aksi cemerlang ketika beraksi bersama kelab tersebut.
Park sebelum ini menyuarakan ketidakpastian mengenai masa depannya di Old Trafford dan mempertimbangkan untuk berpindah ke kelab lain.
Park pernah memenangi Liga Juara-Juara Eropah dan empat gelaran Liga Perdana England sepanjang enam tahun bersama United.
Kontraknya akan tamat musim depan dan turut dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Sepanyol.
Dia mula menyertai United dari kelab Belanda, PSV Eindhoven pada 2005 selepas mempamer aksi cemerlang ketika mewakili Korea Selatan pada Piala Dunia 2002.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!