July 22, 2011

Pra-Musim | Chelsea Hambar


CHELSEA terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan Pilihan Malaysia 1-0 pada aksi persahabatan sempena Siri Jelajah Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. 

Jaringan tunggal, The Blues disumbangkan penyerang antarabangsa Ivory Coast, Didier Drogba pada minit ke-80 melalui satu sepakan percuma dari luar kotak penalti. 

Bagaimanapun, aksi Malaysia di bawah kendalian Ong Kim Swee tidak mengecewakan malah mampu mengimbangi permainan terutamanya pada babak kedua perlawanan. 

Malaysia juga hampir menyamakan kedudukan, lima minit sebelum perlawanan ditamatkan melalui penyerang gantian, A Thamil Arasu namun percubaannya sedikit tersasar. 

Apa pun aksi pemain negara wajar mendapat pujian, terutamanya benteng pertahanan yang beraksi cemerlang serta aksi penjaga gol Mohd Farizal Marlias menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Chelsea.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!