June 2, 2011

EPL | Waspada Chelsea

Wayne Rooney percaya Chelsea sekali lagi akan menjadi pencabar utama Manchester United bagi memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris, musim depan.

Sekalipun kempen United berakhir dengan hambar berikutan kekalahan memalukan pada Liga Juara-Juara di tangan Barcelona di Stadium Wembley, Sabtu lalu, mereka tetap mampu meraikan kejuaraan kali ke-19, satu rekod.

Pengurus Alex Ferguson bagaimanapun perlu merombak pasukannya.
Perubahan dijangka pada musim panas ini sebelum Paul Scholes mengumumkan persaraannya, kelmarin.

Edwin van der Sar turut menggantung sarung tangannya, Owen Hargreaves dilepaskan, manakala wujud persoalan mengenai masa depan Wes Brown dan Dimitar Berbatov.

Bagaimanapun, ada persoalan mengenai pencabar utama United.


Bos Manchester City, Roberto Mancini akan cuba meminta lebih banyak wang untuk berbelanja daripada pemilik Blues, Sheikh Mansour.

Lebih banyak muka baru dijangka hadir di Eastlands dan memandangkan mereka mengakhiri musim lalu terikat mata dengan Chelsea hanya terlepas kedudukan naib juara menerusi perbezaan gol, jelas City dilihat sebagai pencabar utama kejuaraan.

Namun Rooney meramalkan Chelsea sekali lagi akan tampil sebagai pasukan yang perlu ditundukkan.

“Chelsea akan menjadi pencabar utama kami bagi buruan kejuaraan liga musim depan,” kata Rooney.

“Mereka amat kuat dan mantap dan menamatkan musim dengan baik.” Rooney turut menerima hakikat cabaran pastinya lebih sukar musim depan yang dipercayainya akan mengikuti trend musim ini apabila pasukan di bawah sering mengalahkan pasukan di atas.

“Chelsea, Manchester City, Spurs, Liverpool dan Arsenal akan bertarung merebut empat tangga teratas.”
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!