June 2, 2011

Transfer | EPL Gossip 02 Jun 2011


Penyerang Man United, Dimitar Berbatov berkata dia mahu kekal di Old Trafford walaupun kelabnya itu kalah dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah kepada Barcelona baru-baru ini. Berbatov mendapat minat dari beberapa kelab seperti Newcastle, Bayern Munich dan Borussia Dortmund.

AC Milan mahu menandatangani penyerang Chelsea Didierr Drogba. Sekiranya mereka tidak berjaya mendapatkan penyerang itu, mereka akan cuba mendapatkan Emmanuel Adebayor yang kini dipinjamkan kepada Real Madrid.

Pemain midfielder Arsenal Cesc Fabregas kini dikatakan menjadi buruan Man United untuk menggantikan Wesley Sneijder.

Liverpool kini sedang merisik midfielder Sunderland Jordan Henderson dan dikatakan bersedia membayar GBP16m untuk pemain itu.

Midfielder Tottenham Wilson Palacios akan berhijrah ke Italy bersama kelab Napoli dengan harga GBP7m.

Arsenal, Spurs dan Man City kini sedang bersaing untuk mendapatkan GOnzalo Higuain daripada Real Madrid.

Pengurus baru West Ham- Sam Allardyce mahukan El-Hadji Diouf dari Blackburn sebagai pemain pertama yang ingin ditandatanganinya.

Pemain sayap Aston Villa- Ashley Young akan membuat keputusan sama ada ke Liverpool atau Man United pada minggu depan.

Zlatan Ibrahimovic berkata dia mahu kekal di AC Milan walaupun sekarang hangat dikaitakan dengan Man City.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!