May 5, 2011

Transfer | Real Madrid Mahu Fabregas

Real Madrid kini meletakkan Fabregas sebagai pemain pertama yang harus mereka bawa masuk dalam musim perpindahan yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan tawaran dijangka sebanyak GBP35 juta untuk mengatasi Barcelona.

Manakala Arsenal pula dilihat akan membawa masuk penyerang Shaktar Donestk, William untuk menggantikan Nasri yang dijangka akan meninggalkan kelab.

Arsenal juga kini sedang bersaing dengan Tottenham untuk mendapatkan penyerang Lille, Gervinho selepas penyerang ini menolak kontrak baru daripada Lille.

Spurs dan juga Everton kini sedang mendahului saingan untuk mendapatkan pemain tengah Real Betis, Achille Emana. Birmingham, West Ham dan Wigan juga dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain berusia 28 tahun ini.

Pemain muda Blackburn Phil Jones memberi petanda bahawa dia akan berhijrah ke Arsenal. Pemain berusia 19 tahun itu juga menarik minat Man United dan Liverpool.

Pemain midfielder Sporting Lisbon, Simon Vukcevic kini menjadi rebutan dua kelab EPL iaitu Sunderland dan West brom.

Liverpool pula dikatakan bersedia untuk mendapatkan pemain tengah Wigan, James McCarthy sekiranya Wigan tersingkir ke Liga Championship musim depan.

Penyerang Catania, Maxi Lopez kini menjadi perhatian dua kelab EPL iaitu Man United dan Birmingham City.

Nigel Reo-Coker dijangka akan meninggalkan Aston Villa pada musim panas ini setelah agennya mengesahkan tiada penawaran kontrak baru berlaku.

Pengurus Ipswich, Paul Jewell pula dikatakan berminat untuk menandatangani penyerang Blackburn, Jason Roberts.

Sunderland dan Newcastle dikatakan berminat untuk menandatangani pemain Jay Bothroyd (Cardiff), Guy Demel (Hamburg SV), dan Carlton Cole (West Ham).

Pemain AS Roma, Riise dikatakan menolak khabar angin bahawa dia akan kembali ke Liverpool.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!