May 5, 2011

UCL | O'Shea Bangga Jadi Kapten


John O'Shea begitu teruja selepas berjaya menewaskan Shalke 04 dalam perlawanan di Old Trafford malam tadi.

Pemain dari Ireland itu diberikan kepercayaan oleh Sir Alex Ferguson untuk menjadi kapten dalam perlawanan malam tadi ketika menentang Schalke 04 dalam perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-juara Eropah.

Kejayaan menewaskan Schalke 4-1 di Old Trafford menjadikan agregat 6-1 dan mereka akan berhadapan dengan Barcelona dalam perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Wembley London pada 28 May 2011.

Ferguson membuat lapan pertukaran dalam kesebelasan utama skuadnya untuk pertemuan menentang Schalke 04. Pertukaran ini dilakukan sebagai persediaan untuk bertemu dengan Chelsea ahad ini setelah mereka kalah 1-0 kepada Arsenal di Emirates Stadium pada minggu lepas.

"Saya sangat teruja apabila pengurus meletakkan nama saya sebagai kapten pasukan,"kata O'Shea.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!