May 22, 2011

Pengesahan Norfarhan : Akui Rindui Kelantan, Mahu Kembali Jika Dapat Tawaran

(Sumber daripada Suara Sukan Anda) –J ika sebelum ini sekadar khabar angin, spekulasi dan sekadar cakap-cakap di kalangan peminat bolasepak Kelantan, kini tuan punya nama Norfarhan Muhammad sendiri memberi HINT bahawa dia mahu kembali bersama skuad TRW musim depan.

Dihubungi Suara Sukan awal pagi tadi, Norfarhan berkata apapun itu tidak bermakna beliau ketika ini berdepan masalah dengan pasukan diwakilinya kini, T-Team.

“TENGOKLAH KALAU DAPAT OFFER dari Kelantan, SAYA AKAN PERTIMBANGKAN, saya kat T-Team ni ok, takde masalah apa, bukan bermakna kalau saya nak keluar ni sebab pasukan ada masalah, biasalah T-Team ni pasukan baru, baru nak naik. cuma saya akui saya RINDU MASA MAIN NGN KELANTAN, suasana dia lain, saya dapat rasa SUASANA bola tu, PENYOKONG DIA FANATIK, tak sama di tempat lain, memang rindu sangat lar..”

“saya dulu BUKAN SENGAJA NAK PINDAH dari Kelantan, tapi nak buat macam mana, isteri saya dapat kerja di Terengganu, rezeki dia di sini, ini PENGORBANAN saya sebagai suami, main bola takde kepuasan susah, saya GEMBIRA selama saya berada di Kelantan dulu..”, jelasnya.

Mendengar kata-kata Norfarhan, nyata dia mahu kembali bersama pasukan yang mengangkat namanya selaku antara pemain terkenal di Liga Malaysia, dan ditanya adakah dia menyesal tinggalkan TRW, sekaligus menghancurkan kepercayaan Tan Sri Annuar Musa, dan puluhan ribu penyokong Kelantan sebelum ini, ini jawapannya.

“Nak kata MENYESAL TU TAKDELAH kan. Rezeki ada di mana-mana, apa yang saya buat, saya merantau cari rezeki, bila buat keputusan kena yakinlah orang kata, cuma saya rindu, sayang Kelantan, satu feel yang takde di T-Team..”.

Sepanjang dua tahun bersama Kelantan, Norfarhan membantu Kelantan muncul Naib Juara Piala FA dan Piala Malaysia (2009), seterusnya Juara Piala Malaysia 2010, sebelum berhijrah ke T-Team bersama dua lagi pemain, Indra Putra Mahyuddin dan Azizi Mat Rose.