January 5, 2012

Suarez Mohon Maaf di Atas Penggunaan Perkataan 'Negro'



Luis Suarez memohon maaf selepas menerima penggantungan lapan perlawanan di atas kesalahan menyalahguna isu perkauman ke atas Evra.


Suarez tidak memohon maaf secara terus kepada Evra selepas dia memanggil pemain itu sebagai 'negro'.


Katanya: "Saya mengaku menggunakan perkataan itu sekali sahaja dalam bahasa Sepanyol.


"Saya berjanji tidak akan menggunakan perkataan itu lagi dalam padang bola di England."


Liverpool buat masa sekarang tidak akan mengemukakan sebarang rayuan terhadap hukuman yang dikenakan ke atas penyerang Uruguay itu.


Kedua-dua kelab dan pemain telah mengeluarkan kenyataan pada Selasa lalu yang mereka enggan mengulas lanjut mengenai isu ini dan akan menyerahkan kepada badan yang bertanggungjawab.


"Di negara saya, penggunaan perkataan 'negro' adalah biasa dan ia tidak menunjukkan perkauman," tambah Suarez lagi.