January 5, 2012

Owen Coyle Mahu Percepatkan Perpindahan Gary Cahill



Pengurus Bolton, Owen Coyle mengaku mahu mempercepatkan urusan perpindahan Gary Cahill ke Chelsea.


Chelsea sebelum ini telah membida pertahanan England itu yang mana telah menjaringkan gol kemenangan buat Bolton ke atas Everton malam tadi.


Rundingan membawa masuk Cahill ke Chelsea adalah sebagai usaha untuk menggantikan Alex yang bakal meninggalkan Chelsea.


Kontrak Cahill bersama Bolton akan tamat pada hujung musim ini.


Cahill yang menyertai Bolton daripada Aston Villa dengan yuran perpindahan £5m pada Januari 2008 membuat penampilan pertama bersama England ketika perlawanan menentang Ghana Mac 2011 dan menjaringkan gol pertama untuk skuad kebangsaan ketika England menang 3-0 ke atas Bulgaria pada September.


Bolton dikaitkan dengan pertahanan New York Red Bulls, Tim Ream yang kini berlatih bersama mereka.