January 5, 2012

Paris Saint Germain Tidak Mahu Pato


Paris St Germain telah menolak spekulasi untuk membawa masuk penyerang AC Milan, Alexandre Pato. Penyerang Brazil seringkali dikaitkan dengan perpindahan ke kelab luar daripada Itali.



Minggu lepas Pato dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea, namun ia dinafikan sendiri oleh Andre Villas-Boas.


Bagaimanapun, Pato akan kekal di Itali buat masa sekarang, dan PSG tidak berminat untuk mendapatkannya.


"Pato adalah pemain Milan dan dia mempunyai kontrak bersama Milan, jadi kami tidak berminat untuk mendapatkannya," kata Ancelotti.


"Sekarang, kami tidak mempunyai peluang untuk menandatangani Kaka. Kami berada di pertengahan tingkap perpindahan dan saya akan berbincang dengan kelab cara untuk menambahbaik lagi kelab.


"Saya tidak mahu bercakap tentang Pato atau Kaka. Kedua-duanya masih dibawah kontrak.


"Kami mungkin akan menandatangani beberapa orang pemain namun kami akan melihat kepada keperluan kelab."