January 6, 2012

Mancini Anggap Man United Tetap Berbahaya



Roberto Mancini percaya Manchester United bakal bangkit untuk terus memberi tekanan kepada Man City dalam perebutan juara Barclays Premier League.


City berjaya menjarakkan diri tiga mata dengan Man United ekoran kekalahan Red Devils 3-0 kepada Newcastle dalam perlawanan sebelum ini, kekalahan kedua selepas kalah mengejut kepada Blackburn di Old Trafford.


Kedua-dua pasukan ini akan bertemu pada Ahad ini untuk perlawanan FA Cup pusingan ketiga di Etihad Stadium, perlawanan kedua mereka untuk musim ini setelah kemenangan 6-1 Man City di Old Trafford Oktober lalu.


Man City bakal turun tanpa Yaya da Kolo Toure, begitu juga dengan Balotelli pada Ahad ini, risau akan kebangkitan Man United.


"Selepas dua kekalahan, mungkin mereka menjadi masalah buat kami," kata Mancini.


"Saya dapat rasakan mereka masih pasukan yang kuat. Ferguson telah memenangi banyak piala namun ada juga masa mereka merudum, contohnya bila ramai yang tercedera.


"Kadang-kadang, bola sepak adalah sesuatu yang sukar.


"United ada satu kelebihan- mereka mempunyai kekuatan mental yang tinggi. Selepas satu atau dua kekalahan, ia mustahil untuk berulang lagi. Mereka akan bermain dengan bersungguh-sungguh selepas ini.


"Apabila mereka kalah kepada kami, mereka menang kesemua lapan dari sembilan perlawanan lain. Sebab itu saya katakan mereka amat berbahaya."