January 6, 2012

Pemain EPL Yang Bakal Meninggalkan Kelab Januari



Januari tahun lepas menyaksikan berlaku perpindahan besar dalam BPL apabila Fernando Torres berhijrah ke Chelsea dengan bayaran £50m dan Liverpool menandatangani Andy Carroll sebagai pengganti dengan yuran £35m.


Ini adalah beberapa pemain yang mungkin akan melakukan perpindahan pada Januari ini dalam BPL.


CARLOS TEVEZ (27, penyerang, Man City)
Pemain Man City dalam proses untuk meninggalkan kelabnya. City mahu menjual terus pemain ini namun dalam masa yang sama masih dalam rundingan untuk proses peminjaman kepada AC Milan.


WAYNE BRIDGE (31, pertahanan kiri, Man City)
Dilaporkan menerima gaji £90k seminggu bersama City, namun tidak berada dalam pilihan Roberto Mancini. Berkemungkinan meninggalkan City untuk ke Arsenal.


CHEICK TIOTE (25, midfielder, Newcastle)
Menandatangani kontrak jangka panjang dengan Newcastle, berjaya menarik minat beberapa kelab besar dan mungkin akan berpindah.


MARUONE CHAMAKH (27, penyerang, Arsenal)
Selepas berhijrah ke Emirates Stadium, sukar untuk menunjukkan potensi sebenar. Tidak mahu duduk terlalu lama di bangku simpanan.


JACK RODWELL (20, midfielder, Everton)
Toffees memerlukan penyerang, namun David Moyes terpaksa menjual beberapa pemain sebelum boleh melakukan sebarang pembelian. Everton mungkin meletakkan harga tinggi untuk pemain ini.


GARY CAHILL (26, pertahanan tengah, Bolton)
Pertahanan England ini akan tamat kontrak pada hujung musim ini dan Bolton akan menjualnya. Bakal ke Chelsea.


CHRIS SAMBA (27, pertahanan tengah, Blackburn)
Tidak gembira dengan prestasi kelab sekarang dan mahukan kegemilangan. Permintaan dengan harga yang tinggi mungkin menekan pemain ini keluar dari kelab sekarang.


JUNIOR HOILETT (21, sayap, Blackburn)
Pemain yang mempunyai prestasi yang bagus. Kontrak bakal tamat hujung musim dan Rovers mungkin mahu wang dari pemain Kanada ini.


FLORENT MALOUDA 931, sayap, Chelsea)
Kerap berada di bangku simpanan selepas ketibaan Juan Mata. Mungkin kembali ke Perancis untuk bersama Ancelotti di Paris St Germain.


DARRON GIBSON 924, midfielder, Man United)
Hampir menyertai Sunderland. Kerap cedera bersama Man United.


TOMASZ KUSZCZAK 929, penjaga gol, Man United)
Bakal tamat kontrak pada hujung musim. Namun mungkin mahu berpindah lebih awal.


Suka artikel ini? Kongsi bersama rakan-rakan anda. Jangan lupa like kami di facebook SUKANSKY.