May 24, 2011

EPL | Ancelotti dipecat!

Mourinho meniti dibibir penyokong desak Abramovich segera telefon pengendali Real

LONDON: Chelsea secara rasmi memecat Carlo Ancelotti selaku pengurus pasukan, semalam selepas skuad bergelar The Blues gagal memenangi sebarang trofi, musim ini.

Sejurus selepas pengumuman dibuat, penyokong setia di Stamford Bridge sudah mula melaung-luangkan nama Jose Mourinho untuk kembali menerajui kelab berkenaan dan ia dikatakan satu desakan terbaru meminta pemilik kelab, Roman Abramovich menelefon sendiri ‘Yang Istimewa’ itu selepas dia memecat pengendali berbangsa Portugis itu pada 2007.
Seorang lagi calon yang dikaitkan selaku pengganti Ancelotti adalah jurulatih FC Porto, Andre Villas-Boas.
Kenyataan daripada Chelsea, semalam menyebut: “Pemilik dan lembaga mahu berterima kasih kepada Carlo di atas sumbangannya, termasuk memenangi kejuaraan berganda (Liga Perdana Inggeris dan Piala FA) musim lalu.

“Namun, prestasi musim ini di bawah jangkaan dan kelab berasa adalah tindakan tepat melakukan perubahan ini menjelang persiapan musim depan.”


Setahun lalu, Ancelotti memulakan musim pertama dengan kejayaan membelasah Wigan Athletic 8-0 untuk merangkul kejuaraan EPL selepas menjuarai Piala FA menewaskan Portsmouth 1-0. -BHarian-