May 7, 2011

EPL | Ferguson Takut Kepada Pengadil Perlawanan Menentang Chelsea

Pengurus Man United, Ferguson mengakui bahawa perkara yang paling ditakuti olehnya dalam perlawanan menetang Chelsea di Old Trafford ahad ini adalah mutu pengadilan yang teruk ke atas pasukannya.

Pengadil perlawanan akhir Piala Dunia Howard Webb dilantik sebagai pengadil perlawanan hebat antara dua gergasi England ini. Ferguson mengaku bahawa Howard merupakan pengadil terbaik buat masa ini namun pengurus dari Scotland itu masih risau akan kesilapan yang akan dibuat pengadil itu.

Ferguson juga menyatakan bahawa perlawanan menentang Chelsea di Old Trafford merupakan perlawanan penting dan amat sukar kerana persembahan Chelsea buat masa ini dilihat berada pada kedudukan terbaik.

Kemenangan Man United ke atas Chelsea ahad ini akan menghampirkan diri mereka kepada gelaran ke-19 untuk memegang trofi Liga Perdana England.

Ferguson juga mengesahkan Darren Fletcher tidak akan diturunkan dalam perlawanan penting ahad ini dan bercadang untuk menyimpan pemain midfield itu untuk perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah yang akan berlangsung di Wembley.