April 26, 2011

Transfer | Chelsea Mahu Bale

Chelsea kini dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain sayap Tottenham Hotspur, Gareth Bale dengan harga GBP40 juta pada musim panas ini.

Pengurus Arsenal pula dilihat akan meletakkan dirinya untuk menjadi pengurus yang akan berbelanja besar untuk mendapatkan pemain-pemain yang lebih berkualiti.

Bekas pemain bintang Arsenal Ray Parlour mengatakan bahawa pemain pertahanan Bolton, Gary Cahill merupakan calon yang sesuai untuk menyertai The Gunners untuk musim depan.

Zenit St. Petersburg pula kini membuka pintu untuk pemain Arsenal Andrey Arshavin untuk pulang semula ke Rusia..

Kelab gergasi Italy Juventus dikatakan berminat untuk mendapatkan pertahanan Man City Micah Richards dan bersedia untuk membuat dua pertukaran untuk mendapatkan pemain itu.

Man United pula dikatakan akan bersaing dengan Arsenal untuk mendapatkan pemain muda Lens iaitu Raphael Varane yang boleh bermain di posisi centre-back dan centre-midfield.

Man United juga mempunyai cita-cita untuk membawa pemain sayap Bayern Munich Frank Ribery ke Old Trafford.