April 13, 2011

Liga Juara-juara | Man United dan Barca ke Separuh Akhir



Chelsea kini tersingkir dari saingan Liga Juara-juara selepas kalah dengan agregat 3-1 kepada Man United.

Anak buah Ancelotti ketinggalan 1-0 pada pusingan pertama, dilihat bermula dengan baik di Old Trafford namun ketinggalan 1-0 selepas lorongan Giggs berjaya disudahkan dengan sempurna oleh Hernandez pada separuh masa pertama.

Malam malang Chelsea terus berlarutan apabila Ramires dibuang padang setelah menerima kad kuning yang kedua pada minit ke-70 namun Drogba yang dibawa masuk menggantikan Torres pada separuh masa kedua berjaya menjaringkan gol pada minit 77 untuk mengikat Man United.

Namun, hanya dalam beberapa saat, Park Ji-Sung mengejutkan pertahanan Chelsea dengan jaringan cantik untuk menjadikan jaringan 2-1 memihak kepada Man United. Man United layak ke separuh akhir dengan agregat 3-1.

Dalam satu perlawanan lain, Barcelona melebarkan agregat jaringan kepada 6-1 ke atas Shaktar Donestk.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!