April 11, 2011

EPL | Liverpool-Man City Preview



Liverpool telah mengekalkan catatan lapan kali tanpa kalah di Anfield- Man City patut merasakan lawatan mereka ke Anfield bukanlah satu tugas yang mudah.

Andy Carroll maih lagi mencari gol sejak berpindah ke Liverpool manakala Suarez sudag berjaya menjaringkan beberapa gol walaupun harga Suarez lebih murah dari harga Carroll tak guna tu.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!


Anak buah Dalglish kini harap mereka dapat layak ke Liga Juara-juara musim depan.

Liverpool kini berada di tangga ke-7 liga hanya satu mata di atas jiran mereka Everton.

City hanya mencatat keputusan seri dalam dua perlawanan terakhir di Anfield. Malam ini mugkin mereka dapat mencatat kemenangan berdasar kepada masalah ketiadaan beberapa pemain utama The Reds.

Daniel Agger, Johnson, dan Martin Kelly tak dapat bermain dan hanya jadi penonton kat tepi padang. Kalau nak jadi ball picker pun tidak menjadi masalah.

Kyrgiakos akan diturunkan malam ini manakal Danny Wilson mungkin akan diketepikan sekali lagi kerana Aurelio kini dilihat sudah mula menjalani latihan.

Gerrard pula confirm tak dapat main sebab buat pembedahan minggu lepas, jadi mugkin THE SUPER SPECIAL, Spearing  akan diturunkan malam ini dan besar kemungkinan Jonjo Shelvey juga akan diturunkan.

Bagi City pula, Pablo Zabaleta telah kembali ke skuads. Garedt Barry, Milner dan Dzeko mungkin akan diturunkan malam ini selepas aksi cemerlang menundukkan Sunderland 5-0 pada minggu lepas.

Penyerang muda, Balotelli juga mungkin akan diturunkan manakala Adam Johnson mengharap dia dapat bermain malam ini selepas dilihat kembali cergas.

jangkaan Line-Up:

Liverpool: Reina, Carragher, Skrtel, Kyrgiakos, Aurelio, Meireles, Lucas, Spearing, Kuyt, Suarez, Carroll.

Man City: Hart, Zabaleta, Kompany, Lescott, Kolarov, Barry, De Jong, Y. Toure, A. Johnson, Silva, Tevez.