March 17, 2011

Ferguson Digantung 5 Perlawanan

Sir Alex Ferguson sepatutnya berhak menerima penggantungan lima perlawanan daripada Persatuan Bola Sepak England kerana membuat kenyataan ke atas pengadil perlawanan Martin Atkinson dalam satu wawancara televisyen. Pengurus dari Scotland itu juga diarahkan untuk membayar GBP 30 ribu diatas sikap tidak profesionalnya itu.

MAROON 5 GRABS HTC!

Pengurus Man UNited itu dikatakan melakukan tindakan yang tidak sepatutnya oleh mahkamah FA pada Rabu 16 Mac.

Ferguson yang tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan ketika perlawanan menentang Chelsea di Satmford Bridge mengambil tindakan dengan membuat komen yang tidak professional dalam satu wawancara selepas perlawanan itu berakhir.

Tindakan Ferguson itu wajar dikenakan tindakan kerana menunjukkan sikap tidak hormat kepada pegawai perlawanan adalah perkara yang salah menurut undang-undang bola sepak dunia. Pengadil perlawanan merupakan orang yang paling berkuasa dalam padang ketika perlawanan sedang berlangsung dan dia berhak membuat sebarang keputusan.

Seseorang pengurus bola sepak harus ingat bahawa ketika perlawanan berlangsung, kuasa mereka adalah lebih rendah dari pengadil perlawanan dan sekiranya ada percanggahan pendapat antara pengurus dan pengadil, dia harus membincangkan hal itu dengan FA England. Membuat kenyataan secara membuta tuli merupakan satu tindakan yang kurang bijak dari seorang pengurus yang disegani.

Ini bukanlah hukuman pertama buat Ferguson. Sebelum ini beliau pernah dikenakan hukuman yang sama pada tahun 2003, 2005, 2007 dan 2009.

Ekoran daripada penggantungan itu, Man United akan turun tanpa kelibat pengurus mereka dalam sisa perlawanan Liga Perdanan termasuk perlawanan menentang Everton di gelanggang sendiri dan perlawanan di Emirates menentang Arsenal. Selain itu, Man United juga akan turun beraksi tanpa pengurus dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Man City.