January 16, 2011

PREVIEW PERLAWANAN EPL 16 JAN 2011

Malam ini meyaksikan beberapa lagi perlawanan yang akan berlangsung dan perlawanan yang paling menarik ialah anatara Tottenham Hotspur menentang Manchester United. Perlawanan malam ini bakal menyaksikan beberapa perubahan dalam kedudukan liga.

Birmingham v Aston Villa
Birmingham kini sedang berusaha untuk keluar dari zon penyingkiran, namun buat masa sekarang amat sukar untuk mereka mencari gol. Mereka kelihatan seolah-oah akan membawa masuk beberapa pemain baru dalam musim perpindahan, dan ini merupakan strategi mereka untuk terus kekal di dalam Premier League. Permainan mereka di gelanggang sendiri boleh dibanggakan dengan 2 kekalahan dari 10 perlawanan dan ini bukanlah sesuatu yang teruk bagi mereka.

Aston Villa juga kini dalam zon penyingkiran dan ini adalah rekod paling teruk mereka dalam liga. Walau bagaimanapun, keputusan seri 3-3 dengan Chelsea dalam perlawanan sebelum ini meletakkan mereka berada di dalam kelas tersendiri. Mereka mempunyai pemain penyerang yang bagus, namun kelemahan benteng pertahanan menjadi punca mereka sukar untuk mencatat kemenangan.

Sebenarnya amat sukar untuk menjangkakan pasukan manakah yang akan menang antara dua pasukan setempat ini. Namun kemungkinan Birmingham akan berjaya mencatat kemenangan dan mengutip 3 mata penuh.

Sunderland v Newcastle
Sunderland kini berusaha untuk menempatkan diri dalam Europa League musim depan dengan mencatat beberapa keputusan luar jangkaan. Namun begitu, mereka merupakan pasukan yang agak tidak konsisten jika dibandingkan dengan pasukan lain. Rekod perlawanan di tempat sendiri buat masa ini amat dibanggakan dengan hanya mencatat 1 kekalahan dari 11 perlawanan. Mereka kini menghuni tangga ke-6 liga.

Lawan Sunderland, Newcastle pula mempunyai rekod yang cemerlang ketika beraksi di tempat lawan namun mereka sukar untuk mencatat kemenangan di gelanggang sendiri. Jika mereka dapat mencatat keputusan seri malam ini sudah cukup untuk mengembirakan penyokong mereka setelah berjaya membelasah Sunderland 5-1 ketia perlawanan berlangsung di gelanggang mereka. Andy Carroll mungkin akan pulih dari kecederaan namun dia juga bersedia memberi peluang kepada Leon Best untuk beraksi malam ini. Leon Best juga menunjukkan aksi yang cemerlang apabila berjaya meledak hat-rik dalam perlawanan terakhirnya sebelum ini. Dengan kekalahan mengejut kepada Stevenage dalam Piala FA minggu lepas, pengurus pasukan pasti akan berusaha bagi memastikan anak buah mereka berjaya membawa pulang 3 mata berharga malam ini.

Namun mungkin agak sukar untuk Newcastle meneng malam ini dan mugnkin akan dimenangi Sunderland.

Liverpool v Everton
Liverpool akan bertemu Everton dalam pertemuan setempat dengan Kenny Dalglish kini menggalas cabaran kedua selepas mengambil alih tempat ROy Hodgson. Sekiranya mereka tewas malam ini, amat sukar untuk Dalglish membangunkan kembali moral pemain-pemiannya utnuk mengharungi baki perlawanan seterusnya. Steven Gerrard tidak dapat beraksi akibat digantung perlawanan, dan ini menjadikan usaha untuk mencatat kemenangan ke atas Everton menjadi bertambah sukar. Perkara yang lebih pedih melanda kem Liverpool ialah apabila mereka dikejutkan dengan kekalahan kepada Blackpool pada Rabu.

Everton hanya tewas 3 kali dalam 11 perlawanan di tempat lawan, namun masalah mereka sekarang ialah terlalu banyak mencatatkan keputusan seri. Dengan ketiadaan Tim Cahill yang menggalas tugas dalam Piala Asia bersama Australia, mereka berharap agar Louis Saha akan menjadi senjata penjaring malam ini.

Perlawanan malam ini dijangka seimbang. Sukar untuk menjangkakan pasukan mana yang akan menang. Namun begitu perlawanan mugkin akan berakhir dengan keputusan seri.

Tottenham v Man United
Spurs berjaya menempatkan diri mereka dalam Liga Juara-Juara musim ini dan kemenangan malam ini akan meletakkan mereka sekali lagi dalam kempen Liga Juara-Juara musim depan. Namun lawan mereka malam ini bukanlah pasukan yang mudah apabila Man United menjadi pelawat kepada mereka. Rekod perlawanan mereka di gelanggang sendiri amat baik apabila hanya tewas 1 daripada 11 perlawanan, dan kemenangan malam ini bukan sahaja membuka peluang untuk mengejar kejuaraan bahkan mereka akan berjaya mendekatkan diri kepada 5 mata dengan Man United.

Man UNited berada di tangga teratas liga dan bermain dengan pasukan yang berada di bawah mereka menjadikan mereka menjadi pilihan untuk menjadi juara musim ini. Rekod perlawanan di tempat lawan tidak begitu dapat dibanggakan apabila berjaya mencatat 2 kemenangan daripada 9 perlawanan. Kedua-dua pasukan ini mempunyai peluang untuk menang perlawanan malam ini bergantung kepada nasib pasukan masing-masing.

Perlawanan ini merupakan perlawanan paling menarik minggu ini. Kemungkinan perlawnan akan berakhir dengan keputusan seri.