January 15, 2011

PREVIEW PERLAWANAN EPL 15 JAN 2011

Setelah perlawanan EPL ditangguhkan pada minggu lepas akibat memberikan peluang kepada perlawanan Piala FA, malam ini akan menyaksikan perlawanan EPL akan diteruskan dengan menyaksikan pertemuan beberapa pasukan. Perlawanan malam ini pasti akan menyaksikan beberapa perubahan dalam kedudukan liga.

Chelsea v Blackburn
Chelsea kini mendapatkan kembali rentak kemenangan pada minggu lepas, tetapi dalam Piala FA, bukan Premier League. The Blues merupakan salah satu pasukan yang amat sukar untuk diteaskan di gelanggang sendiri. Malam ini perlawanan akan berlangsung di Stamford Bridge. Untuk kembali berada dalam landasan kejuaraan, mereka harus memenangi perlawanan malam ini.

Blackburn bermain dengan baik apabila berjaya mencatat kemenangan ke atas Liverpool pada perlawanan sebelum ini. Blackburn telah bolos 25 gol dalam perlawanan di tempat lawan sepanjang musim ini. Amat sukar untuk mereka menang dalam perlawanan malam ini ditambah lagi dengan masalah kecederaan yang melanda pasukan.

Perlawanan malam ini mungkin akan dimenangi oleh Chelsea walaupun persembahan mereka setakat ini bukanlah yang terbaik.

Man City v Wolves
Man CIty menambah seorang lagi penyerang Edin Dzeko yang mana pemain ini menpunyai bakat yang tersendiri. Mungkin malam ini dia akan digandingkan dengan penyerang sensasi Man City, Carlos Tevez. City mencatat 11 kemenangan di gelanggang sendiri dalam liga dan mereka mempunyai pertahanan yang cukup mantap. Jika mereka berhasrat untuk memintas Man United, mereka harus menang perlawanan malam ini.

Wolves bermain dengan fantastik ketika mencatat kemenangan 1-0 ke atas Chelsea dalam perlawanan sebelum ini setelah berjaya mencatat kemenangan ke atas Liverpool. Pasti mereka juga ingin membuat kejutan dalam perlawanan menentang The Citiezen malam ini. Namun hasrat ini mungkin mustahil kerana Man City merupakan satu pasukan yang kuat dari segi serangan dan pertahanan.

Perlawanan dijangka dimenangi Man City dengan corak permainan yang menarik dan hebat.

Stoke v Bolton
Stoke menghuni tangga ke 11 liga namun sekiranya mereka berjaya mencatat kemenangan dengan jaringan 3 malam ini pasti akan meletakkan mereka berada di atas Bolton yang menghuni tangga ke-7 liga. Prestasi mereka di gelanggang sendiri tidak begitu baik dengan mencatat 4 kekalahan dalam 11 perlawanan namun mereka tidak mempunyai banyak keputusan seri.

Bolton melakukan yang terbaik sepanjang musim ini dan kelayakan Europa League mungkin tidak mustahil bagi mereka. Namun begitu, corak perlawanan di tempat lawan tidak begitu boleh dibanggakan kerana mereka hanya berjaya mencatat 2 kemenangan dalam 11 perlawanan. Corak persembahan mereka banyak berubah dibawah kendalian Owen Coyle namun sukar bagi mereka untuk mendapatkan skuad yang betul2 cergas.

Mungkin Stoke akan mencatat kemenangan malam ini walaupun perlawanan dijangka seimbang antara kedua pasukan.

West Brom v Blackpool
West Brom memulakan musim ini dengan baik, namun persembahan mereka kini sedikit tempang dan menyaksikan mereka kini berada 1 mata dari zon penyingkiran. Mereka perlu menang untuk mengubah kedudukan liga dan memastikan mereka dapat berada jauh dari zon penyingkiran.

Blackpool bermain dengan baik sepanjang musim ini dan mereka juga berjaya menewaskan Liverpool dalam perlawanan sebelum ini dan menyaksikan mereka mencatat 2 kemenangan ke atas Liverpool musim ini. Mereka kini menduduki tangga ke-9 liga dengan 17 mata berjaya dipungut dalam 12 perlawanan di tempat lawan. Charley Adam bermain dengan baik dan merupakan pemain harapan pasukan mereka.

Perlawanan malam ini dijangka seimbang dan mungkin akan berakhir dengan keputusan seri.

Wigan v Fulham
Wigan kini merupakan pasukan yang paling kurang menjaringkan gol dalam liga musim ini namun mereka juga bukanlah pasukan yang senang untuk ditewaskan di tempat sendiri mahupun di tempat lawan. Dengan kembalinya Charles N'Zogbia dari penggantungan pasti akan menjadikan pasukan mereka lebih kuat untuk menewaskan Fulham sekaligus mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.

Fulham hanya berjaya mencatat 1 kemenangan di gelanggang lawan dan sekiranya mereka ingin lari dari zon penyingkiran, mereka harus memperbaiki persembahan mereka agar lebih baik dari sebelum ini. Mereka mempunyai pemain yang baik namun dengan kehilangan Bobby Zamora yang dilanda kecederaan menyebabkan mereka tidak dapat bermain dengan baik. Bila dia kembali, Fulham mungkin akan dapat keluar dari zon penyingkiran namun mereka harus berusaha untuk mendapatkan mata dalam perlawanan malam ini terlebih dahulu.

Dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, Wigan mungkin akan memenangi perlawanan malam ini.

West Ham v Arsenal
West Ham bermain dengan bai sepanjang musim ini sehinggalah mereka ditewaskan 5-0 oleh Newcastle menyebabkan mereka kini berada di tangga paling bawah liga. Mereka mencatatkan 4 kekalahan dalam 11 perlawanan di gelanggang sendiri.

Arsenal pula berada dalam prestasi terbaik mereka namun keputusan mereka ketika perlawanan menentang Leeds dan Fulham amat menyakitkan hati peminat. Namun mereka mempunyai rekod yang amat cemerlang di gelanggang lawan dan jaringan mereka adalah paling banyak dalam liga setakat ini. Mereka harus mencatat kemenagan malam ini untuk memastikan mereka terus memberi tekanan kepada Man UNited. Sekiranya Persie dan Fabregas kembali berganding dalam perlawanan malam ini, sukar buat West Ham untuk menang dalam perlawanan malam ini.

Perlawanan mungkin akan dimenangi Arsenal berdasar kepada prestasi mereka di gelanggang lawan.