December 28, 2010

PREVIEW PERLAWANAN EPL 28 DEC 2010

malam ini akan menyaksikan beberapa perlawanan akan dilangsungkan untuk gameweek 20. perlawanan malam ini bakal menyaksikan berlaku beberapa perubahan kedudukan dalam liga.

man city v aston villa
city mendapat kemenangan bergaya ke atas newcastle pada perlawanan ahad namun mereka menghadapi sedikit masalah ketika beraksi di gelanggang sendiri. jika mereka bermain dengan baik malam ini, mereka pasti akan berjaya memenangi perlawanan menentang aston villa.

villa pula berjaya mengutip empat mata dalam lapan perlawanan di tenpat lawan dan mereka berjaya menghasilkan lima gol. selepas kalah kepada spurs di gelanggang sendiri pada ahad mereka kembali menduduli tangga ke-15 liga dan ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak baik buat mereka.

perlawanan malam ini dijangka beraksi dengan rentak perlahan dan mungkin tidak banyak gol akan dijaringkan oleh kedua-dua pasukan.

stoke v fulham
stoke berada dalam prestasi terbaik semasa menewaskan blackburn pada ahad dan sekarang mereka berjaya menduduki tangga ke-8 liga. persembahan mereka di gelanggang sendiri begitu baik buat masa sekarang dan kini mereka berusaha untuk menenpatkan diri ke saingan europa league.

fulham pula tidak pernah mencatatkan kemenangan di gelanggang lawan dan kekalahan mereka kepada kelab tercorot west ham pada ahad meletakkan mereka kini berada di dalam zon penyingkiran. jika mark hughes tidak berhati-hati dalam perlawanan selepas ini, dia mungkin akan menjadi pengurus yang pertama akan dipecat pada 2011.

sunderland v blackpool
permainan sunderland di hadapan penyokong sendiri begitu membanggakan dan mereka berharap dapat menebus kembali kekecewaan tewas kepada pendahulu liga 2-0 pada ahad. mereka berada di tangga ke-7 liga dan kemenangan malam ini akan memberikan tekanan kepada pasukan yang berada di bawah mereka. mereka mungkin akan bermain dengan baik malam ini dan mereka juga tidak pernah kalah dalam 9 perlawanan, bolos 5.

blackpool masih berada di tangga ke-11 liga akibat daripada 3 perlawanan yang terpaksa ditangguhkan. permainan mereka di gelanggang lawan amat memberangsangkan tetapi mereka mungkin kehilangan pemain utama mereka charlie adam.

blackpool dijangka akan memberikan saingan yang sengit namun pengalaman sunderland di gelanggang sendiri mungkin memberikan kelebihan buat black cats untuk menang malam ini.

tottenham v newcastle
spurs melakukan yang terbaik apabila menewaskan villa pada isnin dan mereka bermain 60 minit dengan hanya 10 pemain apabila defoe diperintah keluar padang. pemain bintang mereka van der vaart kini cergas sepenuhnya. mereka kini di kedudukan ke-5 liga dan hanya mencatatkan 1 kekalahan di gelanggang sendiri.

newcastle kini bermain perlawanan ketiga dibawah pengurus pardew. mereka pernah menewaskan liverpool tetapi dikalahkan oleh man city di gelanggang sendiri pada ahad.

perlawanan malam in dijangka seimbang dan mungkin akan mencatatkan keputusan seri.

west brom v blackburn
west brom bermain dengan cemerlang sejak berjaya melonjak ke liga perdanan dan mereka beraksi dengan baik di gelanggang sendiri dengan rekod 4 menang dalam 8 perlawanan. jika mereka bercadang untuk mengelakkan daripada tersingkir ke liga championship musim depan, mereka merupakan pasukan yang akan berjaya. mereka banyak membuat kejutan sejak awal musim 2010/11.

blackburn baru saja memecat sam allardyce dan kini mereka berada dalam kedudukan berbahaya dalam liga. mereka hanya mencatat dua kemenangan dari 9 perlawanan di tempat lawan. prestasi mereka yang buruk ini dikatakan berpunca dari krisis kecederaan yang melanda pasukan mereka dan sekiranya mereka ingin berjaya musim ini, mereka harus menghentikan krisis ini dengan kadar yang segera.

west brom dijangka akan mendominasi perlawanan malam ini dan mungkin akan berjaya menjaringkan 2 gol.

west ham v everton
kemenangan ke atas fulham dalam perlawanan sebelum ini menyebabkan kedudukan pengurus mereka masih lagi selamat. namun mereka sekarang masih menghuni tangga tercorot liga dan mereka berusaha untuk mendaki liga dan keluar dari zon penyingkiran. mereka mempunyai pemain yang bagus namun kelemahan pertahanan menyebabkan mereka menjadi pasukan yang kurang bernasib baik.

everton sebelum ini boleh mengharapkan pemain tengah mereka, cahill untuk menghasilkan sesuatu dalam perlawanan malam ini sebelum dihantar untuk melaksanankan tugas negara dan mungkin akan menyebabkan kehidupan everton dalam liga perdana nampak begitu sukar. namun mereka tetap berharap dapat memberikan saingan yang terbaik malam ini. mereka hanya tewas 2 kali di gelanggang lawan namun banyak mencatat keputusan seri.

namun begitu everton mungkin akan bermain dengan baik malam ini untuk mendapatkan mata yang maksimum dan mengharapkan tim cahill dapat memberi sentuhan ajaib buat mereka.

birmingham v man united
birmingham hanya mencatat 1 kekalahan di tempat sendiri sepanjang musim ini berlangsung, dan ini merupakan satu rekod yang cemerlang yang harus mereka kekalkan. namun, mereka kini hanya berada 2 mata di atas zon penyingkiran iaitu di tanggan ke-17 dan mereka harus memulakan kempen kemenangan mereka untuk memastikan mereka terus berada di liga perdana.

man u pula kini berada di tangga teratas liga dan masih mempunyai baki perlawanan. mereka hanya mencatat 1 kemenangan dalam 7 pertemuan di tempat lawan sepanjang musim ini, tapi sekiranya mereka dapat mengekalkan lagi rekod tanpa kalah pada malam ini, mereka akan menjadi pasukan pilihan untuk memenangi liga pada musim ini.

birmingham dijangka akan memberikan jalan yang sukar buat man u dan keputusan malam ini mungkin akan berakhir dengan seri.