December 27, 2010

ARSENAL V CHELSEA PREVIEW

Arsenal cuba untuk mengejar pendahulu liga man United dengan berusaha untuk menang ke atas seteru mereka Chelsea pada pertemuan malam ini.

BERITA PASUKAN ARSENAL
Cesc Fabregas dan Robin Van Persie dijangka dapat diturunkan pada malam ini setelah kedua-dua pemain ini mengalami kecederaan dan kali terakhir dua pemain ini berganding adalah pada Ogos.

Penjaga gol Lukasz Fabianski juga akan diturunkan dalam pertemuan Liga Perdana dan ini menyaksikan Wojciech Szczesny akan digugurkan dari skuad utama dan akan berada di bangku simpanan.

Abou Diaby juga dijangka akan bermain pada malam ini manakala Thomas Vermaelen, Manuel Almunia dan Kieran Gibbs masih dibelengu kecederaan.

BERITA PASUKAN CHELSEA
Berita yang terbaru mengatakan bahawa Jose Bosingwa telah pulih dari kecederaan dan kembali menjalani latihan untuk menentang Arsenal malam ini.

Pertahanan Portugal itu terpaksa diketepikan daripada skuad selama dua minggu akibat kecederaan hamstring dan terlepas perlawanan minggu lepas menentang man United selepas perlawanan ditunda akibat cuaca buruk.

Manakala Alex, Yuri Zhirkov dan Yossi Benayoun pula masih dalam senarai cedera.

SKUAD
Arsenal: Fabianski, Szczesny, Clichy, Squillaci, Koscielny, Sagna, Nasri, Fabregas, Wilshere, Song, Walcott, van Persie, Chamakh, Arshavin, Vela, Rosicky, Djourou, Denilson.

Chelsea: Cech, Turnbull, Bosingwa, Hilario, Ivanovic, Ferreira, Cole, Terry, Essien, Lampard, Mikel, Ramires, McEachran, Malouda, Kalou, Drogba, Anelka, Bruma, Sturridge, Kakuta, Van Aanholt.