March 3, 2011

Arsenal 5-0 Orient

Selepas kecewa dengan kekalahan kepada Birmingham dala final Piala Carling pada Ahad, Arsenal bangkit menebus kembali maruah ke atas Orient pada perlawanan awal pagi tadi.

Seri dalam perlawanan sebelum ini, namun Arsenal bangkit untuk memastikan mereka berjaya meneruskan perjuangan dalam saingan Piala FA untuk melangkah kaki ke final sekali lagi.

Dalam perlawanan awal pagi tadi, Bendtner menjadi wira Arsenal apabila berjaya meledak tiga gol. Manakala dua lagi gol masing-masing dijaringkan Chamakh dan Clichy.

Kemenangan awal pagi tadi nyata menjadi pembakar semangat buat Arsenal. Kebanyakan pemain utama direhatkan untuk diturunkan dalam perlawanan liga pada ahad ini untuk memastikan mereka dapat merapatkan jurang dengan pendahulu, MAn United.