March 2, 2011

EPL: Ulasan Perlawanan Chelsea v Manchester United

Awal pagi tadi berlangsung perlawanan antara pasukan kuat dalam Liga Perdana England iaitu Chelsea menentang Man United. Perlwanan ini merupakan perlawanan adalah perlawanan pertama mereka musim ini apabila tarikh sebenar perlawanan ini terpaksa ditunda akibat cuaca buruk yang melanda. Namun akhirnya kita dapat melihat perlawanan antara juara liga musim lepas dan musuh ketat mereka yang sudah berjaya pegang banyak kejuaraan liga Man United.

Sebenarnya hampir sembilan tahun Manure tidak pernah mencatat kemenangan di Stamford Bridge. (ingatkan malam tadi boleh menang..tapi..ternyata Chelsea lebih hebat..)

Ferguson menurunkan Chicharito dalam kesebelasan utama. Kononnya untuk banckup Rooney untuk menjaringkan gol. Berbatov pula diletakkan di bangku simpanan walaupun nyata Berbatov lebih hebat dari Chicharito. Mungkin Ferguson sudah nyanyuk dan sudah tidak dapat menilai mana satu berlian dan mana satu kaca. (peribahasa tu..)

Chelsea pula turunkan Anelka dan Torres. Sejak berhijarah dari Liverpool ke Chelsea, Fernando Tuyes masih lagi belum menunjukkan prestasinya yang sebebnar.

Torres harus tunjukkan prestasi yang sebenar sebelum peminat Chelsea meluat dengan kamu


Untuk jaringan pula, bagi yang tengok perlawanan malam tadi, mesti kamu tahu statistik jaringan dan sebagainya.

Bagi yang tidur dan tidak sempat melihat perlawanan ini, jaringan Man United dijaringkan oleh Wayne Rooney (assists Nani). Jaringan gol oleh Rooney boleh dikatakan cantik kerana ianya hasil rembatan sejauh 25 yard. Jaringan ini pada minit ke 29.

Namun separuh masa kedua Chelsea mula bangkit. Ball possesion pada separuh masa kedua memang memihak kepada Chelsea. Ketika penyokong Man United kelihatan gembira dengan keputusan semasa, David Luiz menjaringkan gol hasil dari volley yang cantik untuk mengikat Man United 1-1. Ianya pada minit ke-59 berpunca daripada pertahanan Man United yang tidak berjaya 'clear' bola dengan sempurna.

Pada minit ke-60, Drogba masuk menggantikan Anelka dan ,minit ke-70 Berbatov msuk ganti Chicharito. Selepas berjaya menjaringkan gol, Chelsea tidak putus-putus menyerang gawang gol MAn United untuk memastikan mereka mendapat gol yang kedua.

15 minit sebelum permainan tamat, Man United ada peluang untuk mejaringkan gol melalui gandingan Rooney dan Giggs, tapi nyata Peter Cech lebih berpengalaman (sorry Shrek n Giggs).

11 minit sebelum wisel penamat dibunyikan, Zhirkov dengan laju membawa bola masuk ke dalam kotak penalti untuk menjaringkan gol kedua bagi Chelsea. Namun ia tidak berjaya melakukan sedemikian apabila dijatuhkan oleh Smalling lalu PENALTI!!!!!!!

Peluang ini diambil oleh Chelsea. Lampard tidak mensia-siakan peluang yang ada. Rembatan Lampard terus ke gawang gol. GOALLLLL!!!! Itu adalah jaringan kemenangan buat Chelsea dalam perlawanan awal pagi tadi.

Apa yang lagi menyedihkan buat Man United, Vidic telah dibuang padang setelah mendapat kad kuning yang kedua. Nampaknya dalam perlawanan menetang Liverpool, Vidic tidak dapat beraksi. Ferdinand pula dilanda masalah kecederaan dan tidak pasti sama ada dapat beraksi atau tidak.

Rumusan yang mudah daripada perlawanan malam tadi, Chelsea lebih hebat dan lebih layak untuk menang berbanding MAnure.