
Kini, takhta pendahulu liga masih lagi di tangan Man United namun jurang mata antara empat pasukan teratas dilihat semakin rapat.
Match Of The Week
Liverpool v Man United
Liverpool menerima kekalahan yang memalukan dalam perlawanan sebelum ini apabila mereka tewas kepada kelab bawahan liga, West Ham dengan jaringan 3-1. Manakala Man United pula menang selesa ke atas Wigan sebelum tewas kepada Chelsea dalam perlawanan besar di Stamford Bridge pada awal pagi Rabu.
Dalam perlawanan ini, Liverpool mungkin akan mencatatkan kemenangan. Dua perkara yang menyebabkan saya mengatakan Liverpool akan menang kerana:
1) Liverpool tidak pernah ditewaskan dalam lima perlawanan terakhir di gelanggang sendiri. Mereka menghadapi kekalahan memalukan dengan West Ham dan perlawanan dengan Man UNited ini pasti akan menjadi pentas buat mereka menebus kembali maruah mereka yang tercalar itu.
2) United telah kehilangan kapten pasukan mereka. Vidic telah diarahkan keluar padang dalam perlawanan menentang Chelsea. Ferguson menyatakan bahawa mereka kehilangan pemain pertahanan terbaik dunia. PEmain baru Liverpool (SUarez atau Carroll) pasti akan memberikan impak besar dalam perlawanan ini.
Perlawanan Lain
Birmingham v West Brom
Perlawanan ini juga dijangka menarik. Walaupun ia melibatkan pasukan yang tidak popular, namun corak permainan kedua-dua pasukan amat menarik. Albion harus menang dalam perlawanan ini untuk memastikan mereka dapat keluar dari zon penyingkiran, namun begitu, mungkin bagi sukar bagi mereka untuk memenangi perlawanan ini. Birmingham pula harus bermain dua perlawanan pada minggu ini, dan mungkin mereka akan bermain dengan rentak perlahan untuk mendapatkan jaringan last minute.
Arsenal v Sunderland
The Gunners nyata tidak gembira dengan kekalahan dalam final Piala Carling minggu lepas. Namun Wenger mungkin mempunyai cara untuk menaikkan kembali semangat anak didiknya itu. Dalam perlawanan di Emirates ini, mereka seharusnya mencatat kemenangan bagi memastikan mereka dapat merapatkan perbezaan mata dengan pendahulu lia, MAn UNited.
Bolton v Aston Villa
Berdasar kepada prestasi semasa, Bolton amat kuat semasa bermain di gelanggang sendiri, Reebok Stadium. Tambahan pula, Aston Villa tidak bermain dengan baik dalam kesemua perlawanan mereka di gelanggang lawan. Namun, Villa mungkin akan menjadikan perlawanan ini sebagai pembakar semangat setelah mereka kalah kepada Man City dalam perlawanan Piala FA. Kedua-dua pasukan berada di pertengahan liga. Kemenangan yang dicatat antara dua pasukan ini pasti akan mengubah kedudukan mereka di dalam liga.
Fulham v Blackburn
Perlawanan antara Fulham menentang Blackburn dilihat akan berpihak kepada Fulham. Fulham bermain dengan baik dalam perlawanan menentang Man City apabila berjaya mengikat pasukan itu dengan keputusan seri 1-1. Clint Dempsey merupakan seorang pemain yang bijak dan kreatif. Jadi dia harus mengekalkan prestasinya bagi memastikan pasukannya dapat memperbaiki kedudukan dalam liga musim ini. Bermain di hadapan penyokong sendiri mungkin akan memberi sedikit kelebihan buat Fulham.
Newcastle United v Everton
Everton telah dikejutkan dengan kekalahan kepada Reading dalam perlawanan Piala FA dan kekalaha ini pasti memalukan mereka. Perlawanan itu sudah cukup untuk merasakan bahawa mereka akan kalah dalam perlawanan ini. Bagi Newcastle pula, mereka masih mempunyai ruang untuk menempatkan diri di tangga ke enam liga sekiranya mereka menang dalam perlawanan ini.
West Ham v Stoke City
Selepas beberapa minggu, saya patut memuji Avranm Grant. Dengan pengalamannya, dia berjaya membawa West Ham kearah yang lebih baik. Dengan kembalinya Hitzlsperger, mereka merupakan satu pasukan yang lengkap. Stoke City telah mengalami lima kekalahan di gelanggang lawan dan West Ham patut menambah angka itu menjadi enam.
Man City v Wigan
Kedua-dua pasukan harus bermain dengan perasaan saling menghormati antara satu sama lain. Perlawanan ini juga penting bagi melihat perubahan kedudukan dalam liga. City harus memperbaiki jentera serangan mereka kerana boleh dikatakan mereka adalah bayangan United. Bagi Wigan pula, mereka harus membuktikan bahawa mereka masih lagi boleh bersaing dalam liga perdana. Dan pada akhir perlawanan, mustahil untuk saya katakan Wigan akan memenangi perlawanan ini.
Wolves v Tottenham
Perlawanan ini sangat kental. Wolves harus faham bahawa mereka harus keluar dari zon penyingkiran, namun pendakian kedudukan bagi mereka bukan bermula dengan perlawanan ini. Spurs kini sudah terkeluar dari 'top four'. Jadi, sekiranya mereka ingin kembali ke kancah Liga Juara-juara musim depan, mereka harus mula mengutip mata bermula minggu ini. Ini adalah kenyataan dan itu yang mungkin Spurs lakukan dalam perlawanan ini.
Blackpool v Chelsea
Chelsea kini boleh dikatakan sudah kembali kepada prestasi sebenar mereka. Dalam perlawanan menentang Man United, mereka kelihatan tenang walaupun banyak serangan dilakukan ke atas gawang mereka. Bermula sekarang, mereka harus mencatat kemenangan ke atas setiap lawan yang mereka hadapi. Bagi Blackpool,perlawanan ini bukanlah satu perlawanan yang mudah biarpun mereka bermain di gelanggang sendiri. Tanpa kelibat Charlie Adam, Chelsea mungkin akan berjaya mencatat kemenangan dengan jaringan yang besar.
Everton v Birmingham
Perlawanan ini adalah perlawana kedua bagi kedua-dua pasuka dalam minggu ini dan perlawanan dijangka tidak berapa sengit. Kedua-dua pasukan berkemungkinan akan bermain dengan tempo yang perlahan. Dalam perlawanan ini juga sekiranya Leighton Baines menjadi wira Everton untuk memastikan mereka berjaya mengutip tiga mata penuh.