Showing posts with label Piala FA England. Show all posts
Showing posts with label Piala FA England. Show all posts

March 17, 2011

Ferguson Digantung 5 Perlawanan

Sir Alex Ferguson sepatutnya berhak menerima penggantungan lima perlawanan daripada Persatuan Bola Sepak England kerana membuat kenyataan ke atas pengadil perlawanan Martin Atkinson dalam satu wawancara televisyen. Pengurus dari Scotland itu juga diarahkan untuk membayar GBP 30 ribu diatas sikap tidak profesionalnya itu.

MAROON 5 GRABS HTC!

Pengurus Man UNited itu dikatakan melakukan tindakan yang tidak sepatutnya oleh mahkamah FA pada Rabu 16 Mac.

Ferguson yang tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan ketika perlawanan menentang Chelsea di Satmford Bridge mengambil tindakan dengan membuat komen yang tidak professional dalam satu wawancara selepas perlawanan itu berakhir.

Tindakan Ferguson itu wajar dikenakan tindakan kerana menunjukkan sikap tidak hormat kepada pegawai perlawanan adalah perkara yang salah menurut undang-undang bola sepak dunia. Pengadil perlawanan merupakan orang yang paling berkuasa dalam padang ketika perlawanan sedang berlangsung dan dia berhak membuat sebarang keputusan.

Seseorang pengurus bola sepak harus ingat bahawa ketika perlawanan berlangsung, kuasa mereka adalah lebih rendah dari pengadil perlawanan dan sekiranya ada percanggahan pendapat antara pengurus dan pengadil, dia harus membincangkan hal itu dengan FA England. Membuat kenyataan secara membuta tuli merupakan satu tindakan yang kurang bijak dari seorang pengurus yang disegani.

Ini bukanlah hukuman pertama buat Ferguson. Sebelum ini beliau pernah dikenakan hukuman yang sama pada tahun 2003, 2005, 2007 dan 2009.

Ekoran daripada penggantungan itu, Man United akan turun tanpa kelibat pengurus mereka dalam sisa perlawanan Liga Perdanan termasuk perlawanan menentang Everton di gelanggang sendiri dan perlawanan di Emirates menentang Arsenal. Selain itu, Man United juga akan turun beraksi tanpa pengurus dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Man City.

March 12, 2011

FA Cup Showdown: Manchester United vs Arsenal

Man_United_vs_Arsenal
Seperti yang dijangkakan, Man United dan Arsenal, pasukan yang menduduki dua tangga teratas Liga Perdana kini akan berentap di Old Trafford awal pagi ini untuk meneruskan perjuangan dalam Piala FA.
Bagaimanapun, kedua-dua pasukan mengalami nasib yang malang sepanjang minggu.

Kedudukan Man United di tangga teratas liga kini tampak sedikit goyah apabila tewas kepada Chelsea sebelum tewas kepada Liverpool minggu lepas. Kedua-dua kekalahan ini nyata meninggalkan kesan yang amat ketara dalam hati setiap pemain Man United.

Dalam perlawanan di Anfield minggu lepas, Man United mengalami kekalahan 3-1 kepada anak buah Kenny Dalglish yang juga merupaka lagenda Liverpool.

Manakala Arsenal pula kini harus bermain dengan cemerlang dalam perlawanan ini bgi mengubati luka kekalahan dalam perlawanan akhir Piala Carling kepada Birmingham dan juga tersingkir daripada saingan Liga Juara-juara setelah kalah kepada Barcelona.

March 3, 2011

Arsenal 5-0 Orient

Selepas kecewa dengan kekalahan kepada Birmingham dala final Piala Carling pada Ahad, Arsenal bangkit menebus kembali maruah ke atas Orient pada perlawanan awal pagi tadi.

Seri dalam perlawanan sebelum ini, namun Arsenal bangkit untuk memastikan mereka berjaya meneruskan perjuangan dalam saingan Piala FA untuk melangkah kaki ke final sekali lagi.

Dalam perlawanan awal pagi tadi, Bendtner menjadi wira Arsenal apabila berjaya meledak tiga gol. Manakala dua lagi gol masing-masing dijaringkan Chamakh dan Clichy.

Kemenangan awal pagi tadi nyata menjadi pembakar semangat buat Arsenal. Kebanyakan pemain utama direhatkan untuk diturunkan dalam perlawanan liga pada ahad ini untuk memastikan mereka dapat merapatkan jurang dengan pendahulu, MAn United.