October 26, 2012

Subramanian Disingkirkan


Pemain Kelantan terpaksa disingkirkan daripada skuad kebangsaan selepas mengalami kecederaan semasa perlawanan akhir Piala Malaysia.


Pemain pertahanan Kelantan, S.Subramaniam tidak akan bersama skuad kebangsaan untuk ke Piala AFF Suzuki bulan depan.

Pemain pertahanan tengah Kelantan mengalami kecederaan lutut ketika perlawanan akhir Piala Malaysia menentang ATM minggu lepas dan sekaligus memusnahkan harapannya untuk bermain dalam kempen Piala AFF Suzuki.

"Saya betul-betul kecewa tidak dapat bermain untuk Piala Suzuki," Ujar Subra kepada ESPNSTAR.com.

"Pernah saya menunggu untuk mengimbas kecederaan saya, namun kami telah buah keputusan saya tidak akan bermain bulan depan."

"Saya bekerja keras sepanjang tahun ini untuk bermain dalam Piala Suzuki. Ini adalah berita yang buruk dalam karier saya."

Rakan sepasukan Subra, Rizal Fahmi ROsid telah dipanggil oleh K. Rajagopal untuk menjalani latihan bersama-sama skuad kebangsaan mulai Isnin ini.