October 8, 2012

Norshahrul Idlan Talaha Milik Johor FA?


Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha, bakal menyarung jersi Johor FA dalam saingan Liga Perdana Malaysia musim depan, menurut laporan Berita Harian.

Pemain yang dilahirkan di Besut, kini bersama pasukan Kelantan bakal mencari cabaran baru selepas tiga musim bersama pasukan dari Pantai Timur itu.

Norshahrul hanya mempunyai kontrak satu tahun lagi bersama The Red Warriors, akan menyambung kerjaya bersama pasukan dari selatan tanah air setelah kedua-dua pasukan mencapai kata sepakat untuk pemain berusia 26 tahun itu.

Selain Mat Yo, Johor juga dikatakan berminat untuk mendapatkan dua nama besar dalam pasukan Kelantan iaitu Nurul Azwan Roya dan Daudsu Jamaluddin.

Menurut pengurus Johor, Fandi Ahmad, pasukannya akan menggunakan dua pemain import untuk musim depan selain akan mengumumkan beberapa nama besar lain untuk bersama pasukan mereka.

"Saya tak mahu bagi sebarang nama. Saya serahkan kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengumumkan senarai penuh pasukan,"
kata Fandi.

Semenjak Tunku Ismail mengambil alih Johor FA awal tahun ini, beberapa nama besar sering disebutkan untuk diambil bermain dengan pasukan itu.

Sebelum ini terdapat khabar angin Harimau Selatan itu cuba mendapatkan bintan Argentina Juan Roman Riquelme dan bekas pemain kebangsaan England Michael Owen, namun terpaksa akur dengan kewangan kelab yang tidak mencukupi.