September 28, 2012

Jurulatih Kelantan Tetap Positif



Setelah tersingkir dari kempen Piala AFC setelah tewas kepada Arbil SC, Bojan Hodak memilih untuk melihat permulaan positif apabila berjaya layak sehingga suku akhir dalam percubaan pertama Red Warriors.

"Kami bermain lebih baik hari ini berbanding ketika bermain di Iraq."

Setelah kalah dengan agregat 6-2, Bojan masih optimis,

"Melihat kepada perlawanan malam ini, kami lebih baik ketika berada di padang. Namun menentang pasukan dari Asia Barat, jika kamu melakukan kesilapan, mereka akan menghukum kamu.

"Arbil mempunyai dua atau tiga peluang, dan mereka menggunakan peluang itu. Sebaliknya kita banyak mencipta ruang namun ianya tidak berhasil." Tambahnya lagi.

Bojan juga semakin yakin akan kekuatan pasukan Kelantan makin bertambah pada musim depan. Kelantan juga dilaporkan akan menandatangani beberapa pemain baru untuk mengharungi Liga Malaysia musim depan.

Kelantan kehilangan pemain utama dalam kempen Piala AFC termasuk Rizal Fahmi dan S. Chanturu yang mana kedua-duanya akibat kecederaan. Kelantan cuba menggantikan dengan Mijo Dadic dan Keita Mandjou, namun kedua-duanya menghadapi masalah pendaftaran pemain.

Hodak juga ditanya mengenai perlawanan menentang Felda United dalam suku akhir pertama Piala Malaysia. Antara jawapan Hodak ialah " Mereka pernah menang sekali dengan kami musim ini, perlawanan ini agak sukar buat saya, namun kami mahukan piala itu untuk tahun ini ditambah pula kami adalah pasukan pilihan."