October 17, 2012

Afiq Azmi Intai Kesebelasan Utama Kelantan



Pemain pinjaman Kelantan, Afiq Azmi cuba mengintai peluang  bermain dalam kesebelasan utama The Red Warrior untuk perlawanan akhir Piala Malaysia menentang ATM pada Sabtu ini.

Dengan penggantungan Muhammad Ghaddar dan Norfarhan Mohammad, peluang untuk Afiq disenaraikan dalam kesebelasan utama semakin cerah selepas pemain berusia 23 tahun itu telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dibawah kendalian Bojan Hodak.

"Sekiranya saya dipilih oleh jurulatih, ia dilihat sebagai peluang terbaik saya dan saya pasti akan memberikan yang terbaik untuk membantu pasukan,"katanya kepada Harian Metro.

Namun begitu Afiq mengakui ketiadaan Ghaddar dan Farhan merupakan satu kehilangan besar buat Kelantan.

"Kami kehilangan dua tonggak utama namun saya yakin ia tidak memberi impak yang besar kepada fokus kami dan pemain lain akan memainkan peranan masing-masing."

Untuk rekod, Afiq telah menjaringkan empat gol dalam kempen Piala Malaysia setakat ini.