September 18, 2012

Preview Suku Akhir Piala AFC: Arbil SC vs Kelantan FA



Kelantan menghadapi tugas yang sukar menentang juara Iraq, Arbil SC dalam perlawanan suku akhir pertama malam esok

Baru sahaja dinobatkan sebagai juara di negara masing-masing, Arbil SC dan Kelantan akan bertemu dalam perlawanan suku akhir piala AFC di Stadium Francouse Al Hareeri dengan nasib berbeza.

Kelab dari Iraq itu mempunyai pengalaman yang luas dalam perlawanan peringkat antarabangsa apabila berjaya ke peringkat separuh akhir dalam kempen Liga Juara-juara Asia musim lepas. Dikenali sebagai Hewlêr, mereka tidak pernah tewas dalam kempen Piala AFC setakat ini, dan memenangi perlawanan pada peringkat kalah mati ke atas pasukan dari Uzbekistan, Neftchi dengan agregate 4-0.

Arbil yang meraih kejayaan dalam liga Iraq kini bertambah kuat dengan prestasi pemain yang berusia 22 tahun mereka iaitu Amjad Radhi. Pemain kebangsaan Iraq itu telah menghasilkan 23 gol dalam 38 perlawanan domestik dan mungkin memberi masalah besar buat jentera pertahanan Kelantan.

Berbeza dengan Kelantan, mereka akan beraksi tanpa beberapa pemain harapan dan coach Bojan Hodak pasti akan berharap anak buahnya tidak mengalami kekalahan besar dalam perlawanan ini dan akan memberi tumpuan untuk perlawanan timbal balik minggu depan.

Beberapa pemain utama iaitu S. Subramaniam, Obinna Nwaneri, Norshahrul Idlan Talaha, Indra Putra Mahayuddin, Muhammad Ghaddar dan S. Chanturu tidak bersama-sama skuad ke Asia Barat disebabkan kecederaan dan masalah peribadi. Walau bagaimanapun Red Warriors mampu menghembuskan nafas buat seketika dan memberi peluang kepada penyerang Afiq Azmi yang kini berada pada tahap kecergasan yang baik.

Perlawanan akan bermula jam 11.30 malam waktu Malaysia dan anda boleh saksikan secara live di RTM1.